Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang muncul juara keirin lelaki di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Adelaide, Australia sekaligus membuktikan keinginannya untuk berada di sukan Olimpik Paris 2024

Perlumbaan yang berlangsung di Super-Drome itu, Azizul yang juga merupakan duta minuman isotonik nombor 1 negara, 100 PLUS mempamerkan kayuhan bertenaga sebelum dua pelumba Jepun, Shinji Nakano dan Kaiya Ota melakukan henjutan di garisan penamat namun belum cukup untuk menafikan kejuaraan untuk jaguh keirin negara.

Kemenangan itu sekali gus memberi mata buat Mohd Azizulhasni untuk ke pentas Sukan Olimpik Paris 2024, Julai ini.

Nasib berbeza buat seorang lagi pelumba negara Muhammad Fadhil Zonis gagal menamatkan perlumbaan dalam pusingan repechage selepas menamatkan saringan kedua di tempat kedua acara keirin.

- Advertisement -