Jaringan pemain Felda United kelahiran Brazil, Thiago Augusto di babak kedua perlawanan memastikan juara Liga Super musim 2017, Johor Darul Takzim pulang hampa selepas melakar kemenangan tipis 3-2 di Stadium Shah Alam.

Meskipun pertukaran venue di saat akhir, ia jelas tidak mematahkan semangat The Fighters untuk melengkapkan misi meraih mata penuh.

Felda membuka tirai gol menerusi Thiago Augusto Fernandes di minit ke 27 selepas menyambar peluang terhidang hasil kesilapan pemain pertahanan, Putera Nadher Amarhan.

Namun bekas pemain Sarawak ini memperbetulkan kesilapannya apabila menjaringkan gol penyamaan di minit ke 39 untuk mengikat kedudukan 1-1.

Impian JDT untuk meredakan tekanan sekaligus mencari formula untuk  meraih tiga mata sebe;lum tamat separuh masa pertama tidak kesampaian apabila seorang lagi pemain import Felda United, Ifedayon Olusegun Patrick Omosuyi kembali meletakkan pasukannya didepan pada masa tambahan separuh masa pertama.

Skuad kendalian Ulisses Morais semakin tertekan apabila pemain pertahanan Putera Nadher dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua di minit ke 48.

Peluang tersebut seharusnya dimanfaatkan Felda United untuk menambah koleksi jaringan namun ketumpulan pelnyudah menjadi penghalang

Sebaliknya, JDT menemui tonik terbaik apabila Gonzalo Cabrera meledak gol penyamaan untuk JDT mengiukat kedudukan dua sama.

Sisa perjuangan JDT dipadam Thiago yang menjaringkan gol kemenangan Fleda United tujuh minit berselang.

Tiada jaringan tambahan dilakar kedua dua pasukan sekaligus memberikan tiga mata berharga buat Felda United yang mencari tonik semangat terbaik bagi mengharungi aksi separuh akhir Piala Malaysia  2017.

 

- Advertisement -