Sudah banyak kritikan dilemparkan terhadap penganjuran Liga Futsal Kebangsaan yang kurang meriah dan dibuat ā€˜asalkan adaā€™ sejak beberapa tahun lalu, namun ia tetap tidak berjaya untuk merubah pendirian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk melaksanakan pembaharuan.

Sebaliknya, sekiranya ada perubahan sekalipun, ianya hanya akan berlaku pada musim 2019 dan Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bolasepak Pantai FAM, Datuk Rosmadi Ismail berkata kekangan kewangan adalah sebab utama LFK diteruskan sepertimana sedia ada tahun ini.

Ini bermakna hanya 10 pasukan akan mengambil bahagian dalam LFK 2018 yang akan berlangsung dalam format karnival selama dua ke tiga bulan.

Lapan pasukan sudahpun layak manakala dua lagi pasukan akan mengisi baki slot menerusi pusingan kelayakan membabitkan 18 pasukan bermula 25 Januari (Khamis) sekaligus menyebabkan timbul rasa kurang senang di kalangan beberapa pasukan yang mengambil bahagian.Ā 

ā€œKita tidak nafikan futsal mendapat sambutan yang cukup menggalakkan, ramai yang pertikai kenapa hanya dua pasukan sahaja yang layak dari pusingan kelayakan. Keputusan itu ditetapkan secara teknikal tetapi lebih tepat ianya kerana faktor kos, pertambahan pasukan akan menyebabkan lebih banyak kos dikeluarkan tetapi kewangan kita begitu terhad buat masa ini.Ā 

ā€œSekarang ini kita menggunakan dana dalaman (FAM), tidak seperti dulu di mana syarikat-syarikat korporat dan GLC ada menaja seperti Celcom, Felda. Kita sedang berusaha mencari penaja dan suntikan kewangan, setiap cadangan diambil kira dan berkemungkinan besar kita akan laksanakan pembaharuan pada tahun hadapan.

ā€œAntara cadangan awal adalah menggunakan format bermain di tempat sendiri dan tempat lawan. Selain itu, kita mungkin memperbanyakkan jumlah pasukan atau memperkenalkan semula dua divisyen Liga Super dan Premier (seperti bolasepak). Kita akan memanggil semua pasukan serta penggiat futsal untuk memberi cadangan yang bersesuaikan dan akan memperhalusinya.

ā€œKita mahu setiap negeri mempunyai pasukan futsal sendiri sepertimana bolasepak. Jika kita tidak mengambil pendekatan sebegini, mungkin jurang antara bolasepak dan futsal akan menjadi lebih jauh. Sokongan semua pihak diperlukan untuk memeriahkan lagi arena futsal tanah air,ā€ ujar Rosmadi selepas majlis undian pusingan kelayakan LFK 2018.

Bagi kategori lelaki, 18 pasukan dibahagikan kepada enam kumpulan ā€“ enam juara kumpulan dan dua naib juara terbaik akan layak ke suku akhir. Dua pasukan yang melangkah ke final akan melengkapkan senarai 10 pasukan di LFK2018.

Antara pasukan yang menjadi tumpuan adalah Kuantan Rangers FC dari Pahang yang membariskan lima pemain kebangsaan di dalam pasukan mereka ā€“ Yazid Kamaruzuan, Akmarulnizam Idris, Syafiq Hamzah, Harith Naim Mohd Nasir dan Iskandar Harun.

Manakala bagi kategori wanita, enam pasukan bertanding untuk merebut empat slot di LFK 2018.Ā  Ā  OLEH MUHD AIMANĀ 

- Advertisement -