Oleh Ku Mohd lufti
Selepas tujuh hari Sukan Paralimpik 2016 Rio bermula, kontinjen Malaysia masih kekal dengan pungutan tiga pingat emas untuk berada di tangga ke 30 keseluruhan setakat ini.
Atlet negara yang beraksi dalam acara angkat berat, Mohd Shahmil Mohd Saad menduduki tempat kelapan keseluruhan menerusi kategori bawah 107 kilogram dengan angkatan 196 kilogram.
Catatan itu bagaimanaoun menyamai rekod peribadinya yang dilakar ketika Kejohanan Angkat Berat Piala Dunia IPC 2016 di Kuala Lumpur Februari lalu.
Emas milik atlet Greece, Pavlos Mamalos dengan angkatan 238 kilogram diikuti Mohamed Ahmed dari Iran dan Ali Sadeghzadehsalmani dari Iran meraih gangsa.
Acara memanah compound juga gagal membutirkan pingat apabila Yuhanizam Yahya tewas di pusingan kalah mati kepada Hadi Nori dari Iran dengan keputusan 126-136.