v.shem.wee.kiong.5

Oleh Ku Mohd Lufti

Cabaran pemain Malaysia di Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong berakhir setakat peringkat suku akhir selepas tiga wakil negara tewas kepada lawan masing masing.

Pasangan bergu nombor satu dunia, Goh V Shem – Tan Wee Kiong wakil negara pertama yang tersingkir selepas tewas kepada gandingan Indonesia, Mohd Ahsan – Rian Agung Saputro.

Gandingan Indonesia mengatasi V Shem dan Wee Kiong di set pertama 21-11, namun bergu negara bangkit dengan aksi yang lebih kemas untuk melakar kemenangan di set berikutnya 21-17.

Goh V Shem – Tan Wee Kiong ternyata bergelut untuk mencari mata sekaligus menjarakkan kedudukan dengan dengan Ahsan dan Rian yang mengekori rapat diawal set penentuan.

Penguasaan bergu Indonesia bermula selepas kedua dua bergu terikat 15 sama, Ahsan dan Rian terus meninggalkan lawannya yang tampak keletihan.

Selepas 48 minit beraksi di gelanggang utama, Mohd Ahsan – Rian Agung Saputro mara ke separuh akhir dengan kemenangan 21-17 di set ketiga dan akan berdepan pilihan keempat dari Denmark, Mathias Boe –  Carsten Mogensen.

Dalam satu lagi aksi suku akhir, Mathias Boe dan Carsten Mogensen menamatkan cabaran satu lagi wakil negara, Ong Yew Sin – Teo Ee Yi.

Bergu Denmark ini bagaimanapun tidak diberi laluan mudah untuk ke separuh akhir apabila dipaksa bermain tiga set.

Menang 21-14 di set pertama, Mathias dan Carsten dikejutkan dengan aksi yang bertenaga oleh Yew Sin dan Ee Yi.

Tatkala berkejaran mata diawal set kedua, Teo Ee Yi – Ong Yew Sin lebih tangkas dipertengahan set untuk menjarakkan mata sekaligus memberi tekanan ke atas bergu Denmark.

Taktik itu ternyata menjadi apabila bergu negara yang mara ke undian utama selepas melepasi pusingan kelayakan menutup set kedua dengan kemenangan 21-18.

Yew Sin dan Ee Yi gagal untuk meneruskan rentak aggresif di set penentuan apabila pengalaman menjadi kelebihan buat Mathias Boe dan Carsten Mogen.

Gandingan Denmark ini mengatasi bergu negara dengan kemenangan 21-13 di set penentuan untuk mengesahkan slot ke separuh akhir.

Dalam aksi perseorangan lelaki, Chong Wei Feng terkandas sekaligus gagal ke separuh akhir selepas tewas di tangan wakil India, Sameer Verma straight set 17-21,21- 23.

- Advertisement -