Oleh Ku Mohd Lufti
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar melihat sudah tiba untuk memberi ruang dan peluang kepada pemain pemain pelapis untuk menimba pengalaman di tahap yang lebih tinggi di pentas antarabangsa.
Selama ini, sukan badminton di Malaysia sering kali dipalit dengan cerita ketiadaan skuad pelapis bagi menggantikan pasukan senior ketika ini.
Salah satu pemain yang perlu diberi pendedahahan adalah pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei.
Bagi Kahiry selepas sekian lama dia ‘disimpan’ kerana usianya yang masih muda, 2017 dilihat sebagai detik permulaan buat Jin Wei untuk menyinar.
“Sama seperti Vivian Hoo Kah Mun dan Woon Khe Wei yang berjaya layak ke peringkat suku akhir dan ini adalah penampilan mereka di Piala Sudirman.
“Kita juga bercakap mengenai perkembangan negara negara lain yang turut menonjolkan peningkatan seperti Jepun, Denmark dan sudah tentu China,”kata Khairy.
Goh Jin Wei antara 17 pemain yang akan menggalas tugas di Goldcoast, Australia untuk membawa pulang Piala Sudirman buat julung kalinya.
Malah, pemain berusia 17 itu bakal menggalas tugas di Sukan SEA ke 29 Ogos nanti
Juara Remaja Dunia 2015 ini melakar kejutan apabila meraih pingat gangsa di Sukan SEA ke 28 pada 2015 apabila menewaskan pemain lebih senior dikalanya usianya hanya 15 tahun ketika itu.