Oleh Muhammad Aiman
Kejayaan Persatuan Floorball Malaysia (PFM) menerusi ahli gabungannya Persatuan Floorball Kuala Lumpur (PFKL) menganjurkan Kejohanan Floorball Piala Merdeka yang menutup tirainya pada Ahad, sepatutnya membuka mata lebih ramai pihak untuk memberi perhatian dan membantu mengangkat sukan itu ke tahap lebih tinggi.
Demikian menurut Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Norza Zakaria yang jelas kagum dengan inisiatif digerakkan penganjur selepas meluangkan masa menyaksikan sendiri perlawanan akhir kejohanan edisi kelima itu di Stadium Titiwangsa. Â
âApa yang membanggakan, bila saya tanya penganjur mereka tidak perlu belanjakan duit yang banyak kerana kebanyakan pasukan yang bertanding keluarkan belanja sendiri.
âWalaupun sukan ini baru, saya rasa perlu ada perhatian dari pihak kerajaan dan juga swasta untuk bantu mereka membawa permainan ini ke tahap lebih tinggi. Kita lihat di kejohanan ini, rata-rata yang terlibat adalah generasi muda, mereka inilah yang sandaran masa depan arena sukan kita.
âPFM dan persatuan negeri harus buat satu proposal lebih lengkap bagaimana mahu menjadikan Malaysia lebih dikenali dalam sukan ini. Inilah masanya kita semua tampil ke hadapan untuk membantu mereka,â ujar Norza.
Pada perlawanan akhir yang berlangsung Ahad, Pulau Pinang mempertahankan kejuaraan bagi kategori lelaki setelah menundukkan tuan rumah Kuala Lumpur âAâ 7-2 dalam aksi final menerusi dua jaringan Tristan James, serta satu masing-masing sumbangan Zachary Choo, Kang Jin Hon, Teng Kok Man, Walson Chua dan Steven Ong.
Hasrat Pulau Pinang untuk muncul juara berganda sepertimana tahun lalu bagaimanapun tidak kesampaian apabila pasukan wanita mereka dikejutkan dengan kekalahan kepada Kuala Lumpur âAâ.
KL âAâ yang tewas 0-9 kepada lawan sama pada aksi peringkat kumpulan, menunjukkan taring sebenar mereka untuk mencatat kemenangan 4-2 dan merampas semula kejuaraan yang mereka menangi pada 2013 dan 2014.
Sabah dan Johor menduduki tempat ketiga masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita. Â