Oleh Ku Mohd Lufti
Tiga pemenang kejohanan badminton All England tersingkir selepas tamat pusingan kedua Kejohanan Badminton Superseries Premium Terbuka Malaysia hari ini.
Pemain perseorangan wanita Jepun, Nozomi Okuhara tewas kepada pemain Thailand, Porntip Buranaprasertsuk.
Porntip hanya diberi tentangan sengit di set kedua, namun pemain perseorangan kedua terbaik Thailand ini berjaya mara ke suku akhir dengan kemenangan straight set 21-12, 22-20 dalam masa 43 minit.
Sementara itu, perjuangan juara All England bagi kategori bergu campuran dari Indonesia, Praveen Jordan, Debby Susanto juga berakhir di pusingan kedua.
Pilihan ke lapan itu tewas kepada pasangan ranking ke 28 dunia dari Singapura, Danny Bawa Chrisnanta, Vanessa Neo Yu Yan.
Turun tanpa tekanan, Danny dan Vanessa bertarung selama 33 minit sebelum mengesahkan kemenangan straight set 21-19, 21-14.
Manakala pemenang bagi kategori bergu lelaki All England 2016, Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov tewas kepada pilihan kelapan dari Denmark, Mads Conrad Petersen, Mads Pieler Kolding straight set 21-12, 21-8 dalam masa kurang setengah jam.
Bergu campuran Thailand, Puavaranukroh Dechapol, Sapsiree Taerattanachai turut mengikuti jejak Porntip apabila menundukkan pilihan ketiga dari China, , Liu Cheng, Bao Yixin.
Meskipun baru setahun digandingkan, bergu ke 39 dunia ini sudahpun membuktikan mereka bakal menggegar dunia badminton.
Gandingan bergu campuran ke 3 terbaik Thailand ini memerlukan tiga set untuk menundukkan pilihan ke 3 kejohanan, Liu Cheng, Bao Yixin dari China dengan keputusan 22-20, 18-21, 21-17.
Mereka akan berdepan bergu Malaysia, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying diperingkat suku akhir.
Peng Soon dan Lui Ying nyata tidak menjangka dapat mengejutkan pilihan kelima, Xu Chen, Ma Jin dengan keputusan straight set 23-21, 21-6.
“Memang kami tidak menjangkan untuk menang ke atas mereka, kami memang sudah bersiap sedia untuk berdepan Xu Chen dan Ma Jin tetapi tidak menjangkakan kemenangan ini khususnya di set kedua. Kami lihat mereka sudah putus asa ketika ketinggalan mata.’ Kata Chan Peng Soon.
Dalam aksi perseorangan wanita, pemain Taiwan, Tai Tzu Ying mencuri tumpuan apabila menamatkan perjuangan juara 2014, Li Xuerui dari China.
Berdepan pilihan kedua, Tzu Ying tewas 14-21 di set pertama, namun bangkit dengan permainan yang lebih kemas di set kedua untuk melakar kemenangan 21-18.
Di set penentuan, Tzu Ying ketinggalan 4-10 pada satu ketika, tidak mengalah dan terus mengasak Li Xuerui untuk mendahului sekaligus menang 21-16.
“Saya menghadapi kesukaran di set pertama kerana banyak melakukan kesalahan. Angin yang kuat menyukarkan saya untuk melakukan pukulan dan ini adalah kesilapan paling banyak pernah saya lakukan. Di set penentuan, saya lihat Li Xuerui terlalu ghairah untuk mematikan perlawanan dan melakukan kesilapan. Peluang itu saya manfaatkan untuk meraih kemenangan.”
Pilihan ketujuh dari Korea Selatan, Sung Ji Hyun turut mengalami nasib yang sama, tersingkir selepas pusingan kedua.
Pemain ranking kelapan dunia ini nyata tidak menjangkakan akan tewas kepada pemain ranking ke 11 dunia dari India, Pusarla V Sindhu dengan keputusan straight set 20-22, 17-21.
Tiada kejutan dalam lain lain kategori dimana pemain pemain pilihantermasuk juara juara terbuka Malaysia 2015 masih meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir.
Juara 2015 perseorangan lelaki, Lin Dan tidak berdepan masalah untuk ke suku akhir selepas mengatasi cabaran pemain Thailand, Boonsak Ponsana dengan keputusan straight set 21-15, 21-9.
Juara bergu lelaki, Mohd Ahsan, Hendra Setiawan juga mara ke suku akhir selepas menundukkan rakan senegara Gideon Markus Fernaldi, Kevin Sanjaya Sukamuljo straight set 21-14, 21-19.
Bergu Campuran, ,Zhang Nan, Zhao Yunlei juga melangkah ke suku akhir selepas menang ke atas gandingan Korea Selatan, Shin Baek Cheol, Chao Yoo Jung 21-14, 21-15.