Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) antara tiga pasukan yang mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus selepas tamat dua perlawanan liga bolasepak Bawah 14 tahun Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 2024 dengan kerjasama 100PLUS.

SSBJ melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas SMK Syed Hassan, Perlis hasil jaringan Muhd Al – Asyraf Mohd Rulnizan pada perlawanan yang berlangsung di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil pada Sabtu sekaligus memastikan anak didik Nik Juhaisham Tarmizi Juhari mengumpul enam mata.

Meskipun berjaya melakar jaringan di awal saingan, kelebihan bermain dilaman sendiri gagal memberi impak untuk menambah jaringan sepanjang perlawanan sekaligus menyaksikan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan

“Kita akui masih banyak ruang yang perlu diperbaiki selepas perlawanan hari ini (Sabtu) terutama di bahagian oenyudah kerana kita memiliki banyak peluang terhidang sepanjang perlawanan,” kata Adrian Shaun Scully, Pembantu Jurulatih SSBJ.

Akademi Mokhtar Dahari B14 menerajui kumpulan A dengen perbezaan jaringan disusuli SMK Putrajaya Presint 14 (1) yang menghuni tangga kedua manakala SSBJ ditangga ketiga, kesemuanya berkongsi enam mata.

Bagi saingan kumpulan B, SMK Tun Hussein Onn muncul pendahulu liga selepas turut mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus selepas tiga perlawanan.

Mengekori rapat dibelakang adalah SMK Ibrahim Fikri yang mengumpul enam mata maksima namun masih kurang satu perlawanan berbanding pendahulu.

Keputusan Perlawanan

Kumpulan A

SMK TUNKU ANUM ABDUL RAHMAN – SMK ZA’BA (3-0)

SMK TAMAN DESA – SMK SERI TITIWANGSA             (4-1)

SMK KAMPONG CHENGAL – SMK BUKIT NENAS        (0-0)

Kumpulan B

SMK IBRAHIM FIKRI – AKADEMI MOKHTAR DAHARI B13     (3-1)

KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID – SMK SEKSYEN 11                (0-1)

SMK PUTRAJAYA PRESINT 8 (1) – SMK TABUAN JAYA           (0-7)

SMK TUN HUSSEIN ONN – SMK MUTIARA                             (1-0)

SMK TAMAN DESA – SMK SERI TITIWANGSA                         (4-1)

- Advertisement -