Oleh Ku Mohd Lufti
“Harapan saya, walaupun sasaran bukan untuk memenangi pingat atau kedudukan podium, mereka harus buat yang terbaik di sana, sekurang-kurangnya dapat buat catatan peribadi terbaik. Saya tidak mahu mereka pergi ke sana sebagai pelancong,” katan Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata sasaran pingat dalam tiga acara sukan itu adalah realistik berdasarkan prestasi semasa yang dipamerkan atlet berkenaan.
“Bagi mereka yang kita sasarkan kemenangan podium dalam badminton, terjun dan berbasikal, saya harap mereka dapat memenuhi potensi masing-masing. Saya yakin, kalau mereka dapat memenuhi potensi sebenar di Rio, kita akan dapat pingat emas pertama.
“Pingat emas pertama ini boleh datang bukan daripada hanya seorang atlet tapi mungkin dua, tiga atau empat atlet. Kita harap mereka dapat melakukan yang terbaik pada hari pertandingan.
“Saya percaya Chong Wei jika berada di prestasi terbaik akan dapat pingat emas, begitu juga Azizul boleh memenangi final keirin, malah beregu badminton boleh melakukan kejutan serta Pandelela juga mempunyai peluang, kalau tidak emas, mungkin perak,” katanya lagi.