badminton.24

Oleh Ku Mohd Lufti

Daripada lapan wakil negara yang beraksi di pentas separuh akhir, hanya tiga sahaja yang gah meneruskan saingan ke peringkat akhir. Kejohanan Badminton Antarabangsa Remaja Bawah 19 Tahun.

Wakil tunggal perseorangan lelaki kini digalas Sim Fong Hau yang melakar kejutan, menewaskan pilihan pertama kejohanan, Lee Chia Hao dari Taiwan.

Fong Hau bangkit daripada kekalahan 4-11 untuk meraih kemenangan di tiga set berikutnya 12-10, 11-9, 11-8 dalam masa 35 minit, sekaligus bakal berdepan pilihan ketiga dari Singapura Ryan Ng Zin Rei.

Wakil kedua negara adalah bergu lelaki, Chen Tian Jie, Man Wei Chong yang diletak selaku pilihan keenam melakar kemenangan ke atas rakan senegara Leong Jun Hao, Sim Fong Hao straight games 11-5, 14-12,11-8.

Tian Jie dan Wei Chong akan berdepan pilihan pertama kejohanan Pakin Kuna Anuvit, Natthapat Trinkanjee.

Satu lagi wakil negara yang mengesahkan slot ke final adalah bergu wanita, M Thinaah, Tan Sueh Jeou yang menewaskan gandingan Korea Selatan, Kim Yeo Reum, Lee Yu Rim 10-12, 11-8,3-11,11-7,11-5.

- Advertisement -