Oleh Ku Mohd Lufti
Bergu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mengetuai cabaran Malaysia ke peringkat separuh akhir kejohanan badminton Victor Far East Masters Malaysia 2017.
Aksi suku akhir di Stadium Tertutup Sibu, Sarawak, Kian Meng – Pei Jing yang diletak selaku pilihan kedua melakar kemenangan straight set 21-19, 21-16 dalam masa 38 minit untuk menyingkirkan Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong.
Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing akan berdepan satu lagi pasangan Hong Kong Tam Chun Hei-Ng Tsz Yau yang berjaya mengatasi gandingan Taiwan, Lee Yang-Hsu Ya Ching.
Turut mengekori Kian Meng dan Pei Jing, satu lagi gandingan bergu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang bangkit daripada kekalahan di set pertama sebelum mengejutkan pilihan kelapan, Terry Hee Yong Kai-Tan Wei Han dari Singapura, 15-21, 21-15, 21-13.
Tugas getir menanti Soon Huat dan Shevon di separuh akhir kerana bakal gandingan dari Indonesia yang diletak selaku pilihan keenam, Tontowi Ahmad-Gloria Emanuelle Widjaja.
Dalam pada wakil tunggal bergu wanita, Lim Yin Loo – Yap Cheng Weng mengesahkan slot ke separuh akhir selepas menundukkan Tan Wei Han – Wong Crystal Jia Ying dari Singapura dengan keputusan straight set 21-11, 21-11.
Lim dan Yap yang diletak selaku pilihan keempat kejohanan akan bertemu Poon Lok Yan – Tse Ying Suet dari Hong Kong di peringakat separuh akhir.
Bergu lelaki pula menyaksikan gandingan Goh Sze Fei – Nur Izzuddin melakar kemenangan ke atas gandingan berpengalaman, Mak Hee Chun – Tam Chu Wei 22-20, 21-16.