JAWATANKUASA Pengelola Malaysia (MASOC) menyeru orang ramai yang ingin menyaksikan acara-acara sukan yang akan diadakan sempena Kuala Lumpur 2017Ā secara langsung di lokasi pertandingan untuk mendapatkan tiket perlawanan dengan segera untuk mengelakkan kekecewaan di saat akhir.
Saranan ini dibuat berdasarkan kepada status penjualan tiket yang begitu rancak berjalan dan telah banyak terjual sejak ia dilancarkan pada 4 Julai 2017 yang lalu.
Sehingga kini, beberapa acara sukan bola jaring, bola keranjang, pencak silat, taekwondo, renang dan acara akhir untuk sukan futsal dan berbasikal trak telah habisĀ terjual. Sementara itu, beberapa acara sukan lain seperti karate, badminton, gimnastik,Ā ragbi, bola sepak serta termasuklah acara pembukaan pada 19 Ogos 2017 kini sedangĀ terjual pantas.
Keputusan penjualan tiket bagi acara sukan tersebut adalah kerana beberapa faktor seperti kapasiti penonton di lokasi pertandingan tertentu, untuk mengawal kehadiranĀ penonton dengan lebih sistematik dan teratur serta untuk memastikan keselamatan danĀ keselesaan yang lebih kepada penonton di lokasi pertandingan.
Sementara terdapat acara sukan dikenakan tiket berbayar, orang ramai boleh menonton secara percuma ke acara sukan yang lain di beberapa lokasi berbeza iaitu bagi sukanĀ akuatik, memanah, olahraga, tenpin boling, tinju, kriket, berbasikal, ekuestrian, lawanĀ pedang, golf, hoki, hoki ais, luncur ais, judo, boling pandang, petanque, sukan layar,Ā menembak, skuasy, ping pong, tenis, triathlon, bola tampar, ski air dan wakeboard,Ā angkat berat serta wushu.
Tiket KL2017 akan terus dijual sehingga tamat temasya atau sehingga tiket habis dijual.
Orang ramai boleh mendapatkan tiket secara atas talian di www.kualalumpur2017.com.my dan di pusat jualan di lokasi pertandingan pada hariĀ perlawanan acara sukan masing-masing.
Sehubungan dengan itu, MASOC turut menekankan kepada orang ramai untuk mendapatkan tiket daripada penjual yang sah. Sebarang tiket yang didapati dibeliĀ daripada pengedar yang tidak disahkan oleh pihak MASOC berhak ditolak untukĀ kemasukan ke acara sukan.
Peminat sukan dan orang awam digalakkan untuk mengambil peluang menonton aksi atlet di gelanggang perlawanan agar dapat memberikan motivasi dan sokongan moralĀ kepada mereka yang bertanding.
Ayuh! Dapatkan tiket anda hari ini dan saksikan atlet kegemaran anda beraksi secara langsung semasa KL2017!
KL2017 TICKETS SELLING FAST; PUBLIC ENCOURAGED TO BUY EARLY
THE Malaysia Organising Committee (MASOC) urges members of the public who wish toĀ watch live sports matches of KL2017 at the various match locations to grab their ticketsĀ now to avoid last minute dissapointment.
This advice is made based on the fast moving ticket sales which has seen some of theĀ match tickets sold out since it was launched on 4 July 2017.
To-date, tickets for severalĀ events namely netball, basketball, pencak silat, taekwondo, swimming and final event forĀ futsal and cycling (track) are sold out. In the meantime, events such as karate,Ā badminton, gymnastic, rugby, football as well as the opening ceremony on 19 AugustĀ 2017 are also selling fast.
The decision to sell tickets for the above matches is due various reasons such as limitedĀ seating capacity in certain match venues, to systematically control crowd attendance toĀ ensure security and provide more comfort to the spectators at the competition venues.
While certain sports require paid tickets, the public may catch the following Games forĀ free at various match venues: aquatics, archery, athletics, bowling tenpin, boxing, cricket,Ā cycling, equestrian, fencing, golf, hockey, ice hockey, ice skating, judo, lawn bowl,Ā petanque, sailing, shooting, squash, table tennis, tennis, triathlon, volley ball, water skiĀ and wakeboard, weightlifting and wushu.
The KL2017 tickets will continue to be sold until the end of the Games or when sold out.
Members of the public may purchase the tickets online atĀ www.kualalumpur2017.com.my or at stores located at the respective venue on the dayĀ of each match.
MASOC wishes to remind the public to purchase valid tickets from authorized sellers andĀ MASOC also reserves the right to deny entry to anyone found in possession of ticketsĀ obtained from unathorized sellers.
Sports fans and the public in general are encouraged to take this opportunity to attendĀ the various matches to support and and boost the morale of the competing athletes.
So get your ticket today and watch your favourite athlete live in action during KL2017!