Kelebihan dua gol yang dimiliki masih belum menjamin Timor Leste ke atas Brunei Darussalam untuk mengisi slot undian utama kumpulan B di saingan Piala Suzuki AFF 2018.
Pengendali Timor Leste, Norio Tsukitate masih belum merasa selesa dengan kemenangan 3-1 ketika perlawanan pertama di Stadium KLFA, Cheras.
“Kelebihan ini agak meresahkan saya. Sudah tentu pemain pemain gembira dan berseronok selepas kemenangan ini, tetapi saya tidak mahu pemain pemain terlalu selesa,”kata Tsukitate.
Malah, beliau tidak menolak tekanan mental mungkin dirasai pemain pemainnya ketika aksi timbal balik di Bandar Seri Begawan esok.
Namun, dari satu aspek, beliau tampak mempunyai keyakinan akan kemampuan pemain pemainnya untuk mengatasi pemain pemain Brunei sekaligus memastikan kemenangan menjadi milik Timor Leste.
“Masih ada 90 minit terakhir untuk kami dan saya percaya mereka (Brunei) akan bangkit di tempat sendiri.
“Pemain pemain saya mempunyai kemahiran yang baik serta ketangkasan untuk mengatasi pemain lawan, hanya beberapa kesilapan kecil perlu dinilai,”kata Tsukitate lagi.
Dalam pada itu, pengendali Brunei, Kwon Oh Son tidak rela kecewa dilaman sendiri selepas gagal menyerlah di Cheras.
Son mengakui percaturannya tidak menjadi ketika aksi pertama sekaligus tewas.
Namun, beliau tetap optimis pemain pemainnya akan bangkit dengan permainan yang lebih kemas.
“Sudah tentu kami akan berikan 200 peratus untuk mencari kemenangan dilaman sendiri selepas tewas,”kata Kwon Oh Son.