tite
Tite

Pengendali skuad emas Olimpik Rio 2016, Tite menyenaraikan tujuh pemain dalam senarai 23 pemain untuk skuad elit Brazil bagi menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2018.

Senarai pemain tersebut adalah Weverton yang beraksi di posisi penjaga gol, Renato Augusto, Gabriel Jesus dan Gabriel Barbosa,, Fagner, Rafael Carioca dan penyerang yang beraksi untuk kelab Shakhtar Donetsk, Taison.

Malah, Neymar turut sama disenaraikan untuk mengemudi jentera serangan dan Tite turut memanggil semula pemain sayap yang beraksi untuk Real Madrid, Marcelo selepas diketepikan oleh bekas pengendali Brazil, Dunga.

Brazil akan berdepan Ecuador di Quito sebelum bertemu Colombia di Manaus dan perlu menang kedua dua perlawanan ini untuk mendapatkan tempat yang baik di dalam kelompok zon Amerika Selatan.

Ketika ini, Brazil menduduki tangga ke lima, berkongsi 9 mata dengan Paraguay dan ketinggalan 4 mata dengan dua pendahulu bersama, Uruguay dan Ecuador.

casemiro
Casemiro

Pemain tengah, Carlos Henrique Casemiro melihat, dua perlawanan yang bakal diharungi sepatutnya dimanfaatkan oleh rakan rakan sepasukan tanpa sebarang tekanan.

“Tidak diragui, Neymar adalah bintang bagi Brazil, tetapi kami tidak boleh bergantung harap kepadanya kerana kesemua pemain ada kemampuan tersendiri. Itu sebab jurulatih memanggil kami.

“Pastinya ramai yang mengharapkan sesuatu apabila Neymar mengawal bola, begitu juga dengan kami, jadi ianya bukan hanya kerana seorang pemain semata mata,” kata Casemiro.

Namun, Casemiro mengingatkan rakan rakan agar tidak terlalu leka kerana kecuaian akan mengakibatkan peluang untuk meraih 3 mata berkecai.

- Advertisement -