Aksi longlai pasukan bolasepak kebangsaan ketika dua perlawanan menentang Korea Utara baru-baru ini seperti dijangka memberi kesan kepada kedudukan Malaysia dalam ranking dunia FIFA apabila jatuh ke kedudukan terburuk pernah dihuni sebelum ini, 174.
Malaysia tewas kedua-dua aksi kelayakan Piala Asia 2019 itu yang berlangsung di Buriram, Thailand masing-masing dengan keputusan 1-4 sekaligus gagal mara ke pusingan akhir di Emiriah Arab Bersatu.
Lebih malang, keputusan tersebut juga menyaksikan Harimau Malaya tidak menang walau satupun daripada tujuh perlawanan di bawah bimbingan Nelo Vingada yang dilantik sebagai ketua jurulatih pada Jun lalu sekaligus menamatkan 2017 tanpa sebarang kemenangan.
Malaysia pernah berada di kedudukan 174 dunia pada April 2016 namun pada hakikatnya tidak banyak peningkatan ditunjukkan dalam tempoh 20 bulan selepas itu dengan kedudukan terbaik hanyalah 155 dunia pada bulan Jun yang lalu.
Ranking terbaru itu meletakkan pasukan negara berkongsi kedudukan bersama-sama negara kerdil bolasepak seperti Kosovo dan St Lucia dengan 97 mata malah jatuh ke kedudukan kelapan dalam senarai pasukan Asia Tenggara setelah dipintas oleh Kemboja dan Singapura.
Jika prestasi buruk ini tidak dinoktahkan, tidak mustahil pasukan negara akan dipintas pula oleh negara-negara seperti Aruba, Bermuda, Malta, Brunei mahupun Liechtenstein.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagaimanapun berkata beliau tidak terkejut dengan perkembangan terbaru ini kerana sudah menjangka ianya akan berlaku justeru meminta penyokong agar lebih realistik dan rasional sebelum melontarkan kritikan.
āApa yang aneh dan memeranjatkan sangat? Sebelum kelayakan Piala Asia 2019, betul ke penyokong bolasepak ingat kita boleh menang dengan Lubnan dan Korea Utara? Saya tahu sebelum pertandingan lagi kita tidak boleh menang dan saya tidak mengharapkan pun.
āSebagai penyokong bolasepak negara, jangan tunggu pasukan negara kalah untuk menghentam Presiden FAM, ia tidak bertanggungjawab. Kalau mahu menilai skuad kebangsaan, kita perlu tengok apa masalah dihadapi FAM sejak 10 tahun dulu, saya berada di FAM tidak sampai setahun dan untuk atasi masalah ini saya kena tahu puncanya. Beri saya tiga tahun jika keadaan masih sama saya sedia keluar.
āKalau nak buat apa-apa penilaian kena ikut fakta, bukan ikut emosi, buruk hati sebab berdendam dengan saya kerana saya adalah pemilik JDT. Itu tiada kena mengena dengan tugas saya di FAM,ā kata TMJ dalam satu sidang media di Johor Bharu. Ā
Sementara itu, TMJ turut menjelaskan FAM akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang bagi menjelaskan implikasi susulan keputusan pasukan itu menarik diri dari pertandingan AFC.-Ā OLEH MUHAMMAD AIMANĀ