Penganjuran TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNB MJHL) 2024 mencatat penyertaan tertinggi sejak 2016, apabila 49 pasukan keseluruhan dalam kategori Divisyen 1, Divisyen 2 (Lelaki) dan Perempuan mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan berkenaan.
Kejohanan yang membuka tirai pada 24 Mei hingga 29 Jun ini, akan menyaksikan keseluruhan jumlah 174 perlawanan bakal berlangsung sepanjang kejohanan.
Bagi Divisyen 1 sebanyak 10 pasukan lelaki bakal berentap memburu kejuaraan dan bakal bermula pada 24 Mei dengan venue perlawanan berlangsung di laman rasmi masing-masing.
Manakala, 22 pasukan lelaki Divisyen 2 yang dibahagikan kepada dua Zon iaitu Zon Utara akan beraksi di Stadium Hoki Bertam, Pulau Pinang dan Zon Tengah di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, bermula 4 Jun ini.
Sementara itu, kategori perempuan melibatkan persaingan 17 pasukan di Divisyen 2 dan semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, bermula 4 Jun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Dato’ Sri Dr. Anil Sandhu berkata sambutan TNB MJHL pada tahun ini cukup meriah sekaligus mencatat jumlah penyertaan pasukan tertinggi.
Jelasnya, tiada sebarang sekatan atau had jumlah pemain dikenakan kepada mana-mana pasukan untuk menggunakan pemain kebangsaan dalam saingan kali ini.
“Ini adalah penyertaan pasukan tertinggi sejak 2016. Semua pemain remaja kebangsaan dibenarkan untuk beraksi di saingan liga ini tanpa sekatan.
“Bagi pasukan di Divisyen 1, seperti biasa, penglibatan pasukan adalah mengikut proses yang ditetapkan. MSSPP-PSHA dan SMIDIN-MSNT yang merupakan dua pasukan terbaik Divisyen 2 pada musim lalu telah dinaikkan beraksi di Divisyen 1 musim ini, manakala di dalam Divisyen 2 kita akan dapat saksikan penampilan beberapa pasukan baru,” katanya.
Untuk rekod, saingan edisi lalu menyaksikan SSTMI Thunderbolts muncul juara Divisyen 1 dan Piala TNB manakala Divisyen 2 menjadi milik MSSPP-PSHA sementara SSTMI-PKS UNITEN dinobatkan juara bagi kategori perempuan.
Berikut merupakan senarai penuh pasukan yang mengambil bahagian pada saingan TNB MJHL 2024.
Lelaki – DIVISION 1
NO | TEAM NAME | HOME GROUND | STATE |
1 | SSTMI THUNDERBOLTS | SSTMI | JOHOR |
2 | SSBJ THUNDERBOLTS | STADIUM HOKI KPM | KUALA LUMPUR |
3 | AHP-MSP THUNDERBOLTS | STADIUM HOKI WISMA BELIA | PAHANG |
4 | PHJ/ MSNJ | STADIUM HOKI BATU PAHAT | JOHOR |
5 | ANDERSON THUNDERBOLTS | STADIUM SULTAN AZLAN SHAH | PERAK |
6 | SSBJ JUNIOR | STADIUM HOKI KPM | KUALA LUMPUR |
7 | SSTMI JUNIORS | SSTMI | JOHOR |
8 | AKADEMI HOKI MBPJ | KPM BANGSAR | KUALA LUMPUR |
9 | MSSPP-PSHA | STADIUM HOKI BERTAM | PULAU PINANG |
10 | SMIDIN-MSNT | STADIUM HOKI BATU BURUK | TERENGGANU |
DIVISYEN 2 (Zon Utara)
NO | TEAM NAME | STATE |
1 | MSNS/PHS/SSMS (SABAH) | SABAH |
2 | YOUNG LION THUNDERBOLT | PERLIS |
3 | ANDERSON JUNIORS | PERAK |
4 | JM HAWKS | PULAU PINANG |
5 | PERSATUAN HOKI KEDAH DA | KEDAH |
6 | MUTIARA IMPIAN YOUNG BOYZ-SSNPP | PULAU PINANG |
7 | JM HAWKS BIOHYDRA | PULAU PINANG |
8 | JM HAWKS ANTSBEES | PULAU PINANG |
9 | SMKDLP | KEDAH |
10 | STAR ANACONDA | PERAK |
DIVISYEN 2 (Zon Tengah)
NO | TEAM NAME | STATE |
1 | PPHT THUNDERBOLTS | SELANGOR |
2 | TBSS-MSSMNS-PHNS | NEGERI SEMBILAN |
3 | SSN PREDATOR BOYS | MELAKA |
4 | MALACCA HIGH SCHOOL HT | MELAKA |
5 | KUALA LUMPUR SIKH SPORTS AND RECREATION CLUB | KUALA LUMPUR |
6 | R2SHC | NEGERI SEMBILAN |
7 | KELAB HOKI PAYA RUMPUT | MELAKA |
8 | NEGERI SEMBILAN | NEGERI SEMBILAN |
9 | MALACCA HIGH SCHOOL JR | MELAKA |
10 | KL CITY | KUALA LUMPUR |
11 | HULUSELANGOR DEVELOPMENT | SELANGOR |
12 | GR HIGHLANDER BOYS | PERAK |
PEREMPUAN
NO | TEAM NAME | STATE |
1 | SSTMI PKS UNITEN | JOHOR |
2 | PAHANG SSNP-MSP | PAHANG |
3 | KL CITY-KLSS | KUALA LUMPUR |
4 | AKADEMI HOKI MBPJ | KUALA LUMPUR |
5 | NEGERI SEMBILAN-MSNS | NEGERI SEMBILAN |
6 | SOUTHERN/ PHJ/ MSNJ | JOHOR |
7 | MUTIARA-MSSPP-PSHA-UNITEN | PULAU PINANG |
8 | SSN PREDATOR GIRLS | MELAKA |
9 | SMKSMAB/ PPDKS/ MSNK | KEDAH |
10 | CS MUSTANG HT | KUALA LUMPUR |
11 | SSN KEDAH | KEDAH |
12 | JM HAWKS AURORAS | PULAU PINANG |
13 | MSNS/PHS/SSMS (SABAH) | SABAH |
14 | SSN ZA’BA/ PHNS/ KPHA | NEGERI SEMBILAN |
15 | GR HIGHLANDER BIRLS | PERAK |
16 | RPS BRAVO | PERAK |
17 | MSS SELANGOR GIRLS | SELANGOR |