Debaran menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 semakin menebal apabila perang psikologi semakin rancak dikalangan negeri negeri yang seringkali menjadi pencabar bagi kelompok teratas.

Tuan rumah SUKMA 2012, Pahang bakal menurunkan 567 atlet dan pegawai untuk mengharungi temasya dwi tahunan itu pada September depan.

Daripada jumlah ini, 277 merupakan atlet lelaki manakala 162 terdiri daripada atlet wanita.

Pahang juga mengesahkan akan ,mengambil bahagian dalam 321 daripada 423 acara yang akan dipertandingkan di Perak yang menjadi tuan rumah bagi edisi tahun ini.

Tok Gajah juga memberi bayangan awal mahu memburu gelaran juara keseluruhan selepas Majlis Sukan Negeri itu mengesahkan 439 atlet yang mengambil bahagian lebih 260 orang atlet terdiri daripada atlet atlet senior.

Malah, Pahang mensasarkan untuk menguasai acara menembak, olahraga, memanah, dan angkat berat dan dijadikan sebagai lubuk emas mereka.

36 orang akan mengambil bahagian dalam acara menembak, 24 atlet menggalas tugas bagi acara olahraga, 20 lagi peserta akan mengambil bahagian dalam acara memanah manakala 20 lagi atlet akan mengisi borang bagi acara angkat berat.

Tiga fasa kem motivasi disediakan kepada para atlet bagi menaikkan semangat juang dimana fasa pertama telahpun berlangsung pada penghujung April.

Fasa seterusnya dijadual bermula pada penghujung Jun ,manakala bulan Ogos akan menjadi fasa terakhir.

Pada kejohanan Sukma 2016 di Sarawak, Pahang berjaya membawa pulang 77 pingat keseluruhan 30 emas, 25 perak dan 22 gangsa.

 

 

Sementara itu, tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) edisi 19, Perak akan mengkaji semula jumlah sasaran pingat emas yang dilabel sebagai tidak realistik.

Sebanyak 70 pingat emas diletakkan sebagai sasaran buat kontinjen Perak di temasya SUKMA yang dijadual berlangsung pada September depan.

Namun, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Perak, Howard Lee Chuan How melihat pingat emas mampu dicapai lebih daripada sasaran awal.

Sebagai langkah permulaan, beliau akan mengadakan pertemuan dengan kesemua barisan kejurulatihan dan pengurus pasukan sebelum mengumumkan sasaran yang baru, namun misi untuk melakar sejarah untuk memburu gelaran juara keseluruhan masih dikekalkan.

Dalam perkembangan berasingan, venue venue yang akan digunakan pada saingan SUKMA September depan akan bersedia sebelum perasmian pembukaan pada 12 September.

Howard menjelaskan, venue seperti gimnasium, padang bolasepak yang terletak di Parit Buntar dan gelanggang bagi acara boling padang menimbulkan sedikit keraguan samada mampu disiapkan sebelum temaysa bermula.

Sebanyak 427 pingat emas dipertandingkan pada SUKMA 2018 melibatkan 29 jenis sukan dan 39 venue di 12 daerah di Perak.

Temasya dwitahunan itu dijadual berlangsung dari 12-22 September dijangka melibatkan penyertaan hampir 11,000 atlet dan pegawai daripada 14 kontinjen dari seluruh negara.

- Advertisement -