Misi pemburuan pingat emas diteruskan dua jaguh trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhd Shah Firdaus Sahrom dalam acara Keirin individu apabila mengesahkan slot ke peringkat suku akhir.

Namun kedua dua pelumba menempuh liku yang berbeza dimana Azizul tidak berdepan masalah untuk menang di saringan ketiga didepan pelumba Trinidad & Tobago sekaligus terus menempatkan nama di peringkat suku akhir.

Namun nasib berbeza buat Muhd Shah Firdaus Sahrom apabila gagal menamatkan perlumbaan saringan kedua selepas berlaku sentuhan dengan Matthijs Buchli sebelum bertembung dengan pelumba Great Britain, Jack Carlin dan terjatuh. Pertembungan turut melibatkan pelumba Kazakhstan, Sergey Ponomaryov.

Beliau mendapatkan rawatan awal dah disahkan boleh beraksi untuk pusingan repechages saringan pertama.

Penampilan sulung Shah Firdaus hampir berakhir apabila sekali lagi bertembung namun berjaya mengawal kayuhan untuk terus berlumba sebelum melepaskan henjutan terakhir ketika dikedudukan ke 4 pada satu ketika untuk melintasi garisan penamat dibelakang pemenang Kwesi Browne (Trinidad & Tobago) sekaligus mengesahkan slot ke suku akhir.

Status pelumba trek berusia 25 tahun ini bagaimanapun masih belum diketahui Datuk Amarjit Singh Gil Darshan Singh mengesahkan Muhd Shah Firdaus sedang diusung menuju ke ambulan untuk dibawa ke hospital.

Aksi suku akhir Keirin Individu Lelaki, Muhd Shah Firdaus Sahrom dijadual berdepan Jack Carlin (Great Britain), Maximilian Levy (Jerman), Callum Saunders (New Zealand), Jair Tjon En Fa (Suriname) dan Nicholas Paul (Trinidad & Tobago).

Sementara Datuk Azizulhasni Awang akan bersaing dengan Matthew Glaetzer (Australia), Stefan Boetticher (Jerman), Yuta Wakimoto (Jepun), dan Denis Dimitriev (ROC)

 

- Advertisement -