Dua jaguh trek negara, Datuk Azizul Hasni Awang dan Muhd Shah Firdaus Sahrom mengesahkan slot lapan perlumba terakhir untuk memburu pingat dalam acara Pecut Individu hari ini.
Kedua dua pelumba negara ini bagaimanapun terpaksa mengharungi liku penuh mencabar apabila terpaksa bersaingan dalam pusingan repecharge sebanyak dua kali untuk mara ke kelompok lapan terbaik.
Pusingan kelayakan Datuk Azizul menghuni kedudukan ke 17dengan catatan 9.626 saat sementara Muhd Shah Firdaus Sahrom dikedudukan ke 9.700 untuk berada di kedudukan ke 23.
Pusingan 1/32 terbaik, Azizul dan Firdaus terpaksa beraksi di pusingan repechages selepas tewas kepada lawan masing masing untuk mara ke pusingan 1/16.
Kedua dua pelumba negara ini sekali lagi beraksi di perlumbaan repechages untuk mara ke perlumbaan 1/8.
Firdaus dalam kedudukan cemas seketika sebelum mara ke perlumbaan 1/8 apabila pertarungan dengan pelumba dari Poland, Patryk Rajkowski terpaksa dilakukan semula selepas kedua dua pelumba berlanggar diantara satu sama lain.
Datuk Azizulhasni Awang turut mengisi slot ke perlumbaan 1/8 selepas menang ke atas Nick Wammes dari Kanada dalam saingan repechages.
Saingan 1/8 akan berlangsung petang esok di Velodrome Izu.