SINGAPORE, SINGAPORE – FEBRUARY 28: Nelly Korda of the United States plays her shot from the second tee during the first round of the HSBC Women’s World Championship at Sentosa Golf Club on February 28, 2019 in Singapore. (Photo by Ross Kinnaird/Getty Images)

Selepas bergelut di tiga pusingan, pemain golf wanita negara, Kelly Tan nyata lebih cemerlang pada hari terakhir apabila menamatkan pusingan keempat dengan 64 pukulan 7 dibawah par.

Memulakan hari terakhir saingan golf wanita individu di lubang 10 Kelly Tan cukup cemerlang dan lebih tenang apabila membenam 6 birdie di sembilan lubang pertama termasuk tiga berturut di lubang 16, 17, dan 18.

Dua lagi birdie ditambah dilubang 3 dan 8 namun sedikit goyah apabila mencatar bogey dilubang 7.

Tamat 72 lubang, Kelly Tan mengumpul 262 pukulan 2 dibawah par keseluruhan untuk berkongsi kedudukan dengan tiga lagi pemain, Min Lee (Taiwan), Celine Boutier (Perancis), dan Pia Babnik (Slovenia)

Pingat emas menjadi milik pemain Amerika Syarikat, Nelly Korda yang bersaing sengit terutama dengan cuaca tidak menentu selepas permainan terhenti seketika susulan amaran petir.

Pemain berusia 23 tahun ini mencatat 267 pukulan keseluruhan 17 dibawah par.

Hari terakhir, Nelly mencatat 69 pukulan 2 dibawah par.

Perak menjadi milik wakil tuan rumah, Mone Inami yang dipaksa beraksi dalam playoff selepas terikat dengan 16 dibawah par keseluruhan bersama sama pemain New Zealand, Lydia Ko.

Inami mengesahkan status sebagai pemilik bagi pingat perak selepas menundukkan Lydia yang melengkapkan podium selaku pemenang pingat gangsa dalam aksi playoff di lubang 18.

- Advertisement -