Pemanah lelaki negara, Khairul Anuar Mohamad menamatkan aksi pusingan penentuan ranking dikedudukan ke 20 keseluruhan dalam acara Recurve Individu di Yumenoshima Ranking Field sebentar tadi.

Ketika tamat separuh masa pertama, Khairul menduduki tangga ke 12, mengumpul 335 mata selepas tamat 6 pusingan, dibezakan dengan 10 mata dengan pendahulu dari Korea Selatan.

Namun di separuh masa kedua, prestasinya sedikit merudum selepas end 1 apabila gagal untuk meraih sebanyak mungkin 10 mata atau membidik bull’s sekaligus berpuas hati di kedudukan ke 20 dengan catatan mata keseluruhan, 661 mata.

Khairul dijadual berdepan pemanah yang menghuni ranking ke 45 dari Finland, Antti Vikstorm yang mengumpul 649 mata.

Korea Selatan terus mendominasi acara memanah menerusi Kim Je Deok yang mencatat 688 mata diikuti Brady Ellison dari Amerika Syarikat yang menguhi tangga kedua dengan 682 mata.

Pusingan kalah mati dijadual berlangsung pada 27 Julai.

 

- Advertisement -