Impian untuk melihat pingat pertama dari acara terjun buat kontinjen negara tidak kesampaian apabila aksi terjun 10m platform seirama wanita melibatkan Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee berakhir dengan kekecewaan.
Pandelela dan Mun Yee menghuni tangga kedua di terjunan pertama, mengumpul 50.40 sebelum ditolak duo Kanada, Meghan Benfeito-Caeli McKay ke kedudukan ketiga di terjunan kedua.
Duo negara mengumpul 100.20 mata, hanya dibezakan 0.060 dengan Meghan dan Caeli selepas dua terjunan manakala gandingan terbaik dunia dari China, Cheng Zuxi-Zhang Jiaqi kekal mendominasi dengan catatan terkumpul 111 mata.
Malang untuk kem negara apabila kesilapan entry Leong Mun Yee di terjunan ketiga hanya mampu untuyk memberikan 54.90 mata sekaligus jatuh ke tangga keenam tatkala duo China dan Kanada mengungguli kedudukan 1,2.
Tidak banyak yang boleh dilakukan oleh Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee yang hanya mampu menamatkan saingan dikedudukan ke 8 selepas menutup saingan terjun 10M platform seirama wanita dengan catatan keseluruhan 277.98 mata
Pingat emas milik China Cheng Zuxi-Zhang Jiaqi yang melakukan terjunan hampir sempurna dalam kesemua terjunan dengan mengumpul sementara Amerika Syarikat mengejutkan arena terjun hari ini apabila meraih pingat perak selepas mengumpul
Sementara gangsa menjadi milik Gabriela Agundaz Garcia-Alejandra Orozco Loza yang mengumpul 299.70
KEDUDUKAN PENUH
1 CHN – Chen Yuxi/Zhang Jiaqi 363.78 mata
2 USA – Jessica Parratto/Delaney Schnell 310.80 mata
3 MEX – Gabriela Agundez Garcia/ Alejandra Orozco Loza 299.70 mata
4 CAN – Meaghan Benfeito/Caeli McKAY 299.16 mata
5 GER – Tina Punzel/Christina Wassen 292.86 mata
6 JPN – Matsuri Arai/ Minami Itahashi 291.42 mata
7 GBR – Eden Cheng/Lois Toulson 289.26 mata
8 MAS – Leong Mun Yee/Pandelela Pamg 277.98 mata