Penganjuran sukan Olimpik Tokyo 2020 terus menjadi perbualan di Jepun tatkala global masih lagi berperang dengan pandemik Covid 19.
Wakil Parti Liberal Demokrasi (LDP) Jepun berpendapat, penganjuran itu wajar diteruskan meskipun tanpa kehadiran penonton.
Ahli Eksekutif LDP dipetik daripada laporan media tempatan berkata, temasya itu wajar diteruskan meskipun tanpa kehadiran penonton sekalipun.
Detik kiraan setahun menjelang temasya itu telahpun dilancarkan meskipun masih belum kelihatan tanda tanda Covid 19 bakal berakhir dengan usaha mencari vaksin sedang giat dilakukan.
Jelas LDP, agak sukar penganjur dan Jepun membendung dan ‘menewaskan’ virus tersebut sepenuhnya dan menganjurkan temasya itu. Sebaliknya mereka mungkin menganjurkan sukan Olimpik dalam suasana ‘bersama sama’ Covid 19.
Mereka juga tidak menolak untuk menggunakan pendekatan seorang wakil bagi setiap negara yang bertanding ketika majlis perasmian pembukaan.
Timbul juga cadangan untuk membatalkan temasya itu namun ia akan memberi impak yang cukup besar bukan sahaja kepada pentadbiran Jepun yang diterajui Shinzo Abe, malah berdepan kritikan yang akan menjatuhkan kredibiliti negara itu di masa akan datang.