Saingan bagi acara golf di Tokyo 2020 bermula hari ini di Kelab Golf Kasumigaseki melibatkan acara lelaki.

Tamat pusingan pertama, pemain Austria, Sepp Straka paling cemerlang untuk mendahului saingan dengan lapan dibawah par.

Sembilan lubang pertama, Straka mengumpul 4 dibawah par termasuk dua birdir berturut di lubang 5 dan 6 sebelum menambah 4 lagi birdie selain cemerlang tanpa catatan bogey sepanjang hari untuk mengumpul 63 pukulan 8 dibawah par.

Kedudukan pemain berusia 28 tahun ini bagaimanapun belum cukuo selesa kerana hanya dibezakan dengan 1 pukulan dengan pemain Thailand, Jazz Janewattananond yang mencatat 64 pukulan pada hari ini.

Jazz juga cemerlang dengan tiada catatan bogey hari ini dan membenam 7 birdie sepanjang hari.

Dua pemain, Thomas Pieters dari Belgium dan Carlos Ortiz dari Mexico berkongsi kedudukan ketiga selepas menutup 18 lubang pertama dengan 65 pukulan 6 dibawah par.

Wakil tunggal negara, Gavin Kyle Green menamatkan hari pertama terikat dikedudukan ke 57 dengan pemain Taiwan, CT Pan dengan catatan terkumpul 74 pukulan 3 di atas par.

4 bogey dan 1 birdie terhasil di 9 lubang pertama, begitu juga di 9 lubang akhir.

KEPUTUSAN HARI PERTAMA GOLF (LELAKI)

 

 

- Advertisement -