Susulan penularan wabak yang sedang melanda seluruh dunia lebih dari satu tahun sekaligus memberi kesan terhadap semua lapisan masyarakat.
Matlamat Purple League adalah untuk mempromosikan sukan badminton serta mewujudkan platform untuk pemain pemain mengejar impian sebagai juara.
Seperti edisi lalu, MPL telah menganjurkan liga secara berkumpulan yang disertai pelbagai kelab.
Meskipun berdepan situasi semasa COVID-19, penganjuran Top Glove Purple League Pro-Am 2020, yang ditaja oleh Top Glove, merupakan acara individu bertujuan mewujudkan platform kompetitif untuk pemain profesional.
Top Glove Liga PLPA 2020, pada awalnya dirancang untuk diadakan pada bulan September, ditangguhkan selama kira-kira tiga bulan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru-baru ini yang ditetapkan oleh kerajaan.
Kejohanan ini akan diadakan bermula dari 29 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021 di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya.
Penganjur menyatakan harapan mereka dimana kejohanan ini akan memberi peluang kepada pemain pemain profesional untuk kembali ke arena badminton dan merebut hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM100,000.
Kejohanan yang diadakan buat julung kali ini terbahagi kepada tiga acara individu; perseorangan lelaki, beregu lelaki, beregu campuran, dan pusingan penyingkiran.
Beberapa nama yang pernah menggegar arena badminton negara antaranya Liew Daren, Soong Joo Ven dan Iskandar Zulkarnain tekah mengesahkan penyertaan.
MPL telah melalukan undian semalam (21 Disember) secara terbuka dan telus, seperti yang ada dalam lampiran jadual.
Ketua Pegawai Operasi Purple League, Ho Khek Mong berterima kasih kepada Top Glove diatas inisiatif mereka untuk memberi peluang kepada pemain pemain profesional negara.
Beliau yang pernah menggalas tugas sebagai pemain memahami tentang cabaran bergelar pemain profesional yang memerlukan pertandingan sekaligus bangkit dan memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia.
MPL turut mengucapkan terima kasih kepada Kelab Badminton Putrajaya diatas sokongan mereka terhadap acara ini, dan kerjasama ini sebagai tanda kelab badminton dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) saling melengkapi dalam usaha memajukan sukan badminton Malaysia
Ho juga percaya bahawa selepas berehat lebih dari setengah tahun, dia dapat merasakan pemain pemain begitu dahagakan pertandingan, justeru, kejohanan ini pastinya cukup hangat dan pastinya menjangkakan jumlah tontonan yang tinggi. Pada masa yang sama, Ho menggesa kepada peminat badminton untuk terus kekal berhati-hati.