Perlumbaan jelajah berbasikal Grand Tour terbesar dunia, Tour de France tetap akan dijalankan meskipun dunia sedang berperang dengan penularan Covid 19.

TdF dijadual berlangsung pada penghujung Ogos berbanding tarikh asal pada Jun susulan Covid 19 yang menyerang seluruh dunia ketika ini.

Sementara jelajah berbasikal a Vuelta pula mungkin diubah laluannya dimana perancangan asal untuk bermula dari Belanda ditunda pada 14 Ogos.

 Menteri Sukan Perancis, Roxana Maracineanu sebelum ini menjelaskan tiada aktiviti melibatkan perhimpunan secara kumpulan besar dibenarkan sehingga September.

Namun, pihaknya bersedia untuk mempertimbangkan permintaan penganjur Tour de France, OSA perubahan yang perlu dibentang sekaligus memastikan perlumbaan TdF dilangsungkan.

OSA yang turut menjadi penganjur La Vuelta turut membuat perubahan terhadap jelajah itu apabila memendekkan sebanyak tiga peringkat perlumbaan dengan hanya 18 peringkat sahaja yang akan dilangsungkan.

Malah, aksi pembukaan yang sepatutnya dijadual bermula dari Utrecht, Belanda turut dibatalkan dan akan bermula dari Basque, yang terletak di utara Sepanyol.

Badan induk berbasikal dunia (UCI) dijangka akan mengeluarkan jadual terkini perlumbaan bagi musim 2020 dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, satu lagi perlumbaan jelajah berbasikal yang terkemuka, Giri d’Italia turut masih samar dan menanti tarikh baru perlumbaan.

Perlumbaan itu sepatutnya berlangsung pada dan Mei bermula di Hungary namun ditunda akibat Covid 19.

 

 

- Advertisement -