Oleh Ku Mohd Lufti
Pelumba pasukan United Healthcare Pro Cycling, Travis McCabe menutup hari terakhir jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi dengan meraih podium kemenangan peringkat untuk kali ketiga selepas muncul juara peringkat terakhir dari Setiawangsa ke Putrajaya hari ini.
Namun tumpuan utama terarah kepada pelumba pasukan berstatus Pro Tour, Dimension Data Ryan Gibbons yang mengekalkan jersi kuning sekalogus muncul juara keseluruhan.
Perlumbaan peringkat terakhir dengan jarak 121 kilometer termasuk laluan loop di sekitar Putrajaya melengkapkan jarak kayuhan keseluruhan 1222.2 kilometer.
Peringkat terakhir nyata mendebarkan Ryan Gibbons yang hanya menanti kesilapan untuk dihukum pencabar terdekat bagi jersi kuning dan raja pecut LTdL 2017.
Kerancakkan saingan tampak bermula di pusingan terakhir di Putrajaya menyaksikan 40 pelumba berada dalam kelompok pendahulu yang terus memecut untuk perebutan jersi kuning dan raja pecut.
Travis McCabe ternyata mempunyai saki baki tenaga yang mencukupi untuk melakukan henjutan terakhr sehingga ke penamat dengan catatan masa 2 jam 39 minit.
Ini merupakan kemenangan peringkat kali ke kedua pelumba berusia 27 tahun itu selepas mengungguli laluan landai di peringkat pertama.
Hasrat Travis McCabe untuk mengekalkan jersi teale atau raja percut LTdL Â tidak kesampaian apabila Ryan Gibbons terus memastikan kedudukannya berada dalam senarai 10 pelumba terbaik dalam kemenangan di setiap peringkat.
Selepas lengkap lapan peringkat perlumbaan, Raja Pecut sah milik Ryan Gibbons yang mengumpul 75 mata manakala pencabar terdekat, Travis McCabe mengumpul 62 mata.
Malah, Gibbons turut dinobat selaku juara LTdL 2017 selepas mengekalkan jersi kuning dengan catatan masa keseluruhan 29 jam 4 minit 57 saat, berkelebihan 33 saat didepan pelumba pasukan Isowhey Sports Swisswellness, Cameron Bayly.
Dalam pada itu, dua jersi, Raja Bukit dan Pelumba terbaik Asia masih kekal menjadi milik John Kronborg Ebsen ( Infinite AIS Cycling)Â dan Hideto Nakane (NIPPO Vini Fantini)
Hadiah kepada pemenang disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.