Oleh Ku Mohd Lufti
Pasukan Lumba Basikal Profesional dari Terengganu, Terengganu Cycling, TSG menyasarkan lebih 25 podium pada tahun ini dalam 29 perlumbaan yang akan disertai pada tahun ini.
Malah, pasukan berstatus benua ini turut memasang impian jangka panjang beraksi diperlumbaan yang mencabar termasuk dua jelajah terbesar dunia, Tour de France dan Giro de Italia.
 Perkara itu dimaklumkan sendiri Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu Datuk Rozi Mamat ketika mewakili Menteri Besar selepas menyempurnakan majlis Meraikan Para Penaja TSG, malam tadi.
“Kerajaan negeri dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, kita nak pergi lebih jauh. TSG sekarang ini berada di peringkat Asia, kita di ranking yang terbaik di Asia. Kita bercadang untuk pergi bertanding di peringkat dunia. Kita juga memerlukan bantuan daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, PKBM untuk membantu TSG melangkah lebih jauh.” Kata Datuk Rozi Mamat.
Dalam ranking asia yang dikeluarkan oleh persekutuan kebangsaan berbasikal dunia, UCI, ranking diperingkat Asia, TS berada di kedudukan ke 13 keseluruhan.
Pada tahun ini pasukan tersebut menerima tajaan berjumlah 5.5 juta ringgit dari 19 penaja tempatan dan luar negara.