Selepas aksi cemerlang meraih dua podium di Turki, pasukan Terengganu Cycling (TSG) masih belum puas sebaliknya mensasarkan misi untuk menambah koleksi trofi menjelang dua perlumbaan terakhir di negara itu.
TSG akan menyertai dua kejohanan terakhir di sana; GP Mediterranean yang dijadual berlangsung pada 6 Mac disusuli GP Gundogmus sehari kemudian sebelum kembali semula ke Malaysia Jelas Pengurus TSG , Mohd Saiful Anuar Aziz dengan tempoh masa yang ada, pelumba pelumba pasukan berstatus benua itu terus menjalani latihan untuk mengekalkan momentum kayuhan.
Senarai pelumba yang akan beraksi di dua kejohanan tersebut masih belum diputuskan.
Beliau yang juga merupakan bekas pelumba pasukan TSG turut mengesahkan pakar pecut mereka, Harrif Saleh mungkin akan menjadi tumpuan sekali lagi untuk merebut podium pada salah satu perlumbaan ini kerana trek perlumbaan yang bersifat landai.
Pasukan TSG juga berpuas hati dengan prosedur operasi standard (SOP) oleh pihak penganjur sepanjang berada di Turki bagi memastikan kelancaran perlumbaan serta mengelak penularan wabak Covid 19 Harrif Saleh melakukan kejutan apabila menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) Velo Manavgat meskipun sudah hampir setahun tidak beraksi di perlumbaan kompetitif disusuli kejayaan dua pelumba Carlos Quintero dan Metkel Eyob meraih tempat pertama dan ketiga di GP Velo Alanya penghujung Februari lalu