Pasukan Terengganu Cycling terus unggul di bumi Turki apabila meraih podium kedua semalam.
Selepas Harrif Saleh menaiki podium selaku juara, giliran dua pelumba import TSG, Carlos Julian Quintero Noreña dan Metkel Eyob melakar kejayaan selepas menamatkan saingan ditangga pertama dan ketiga.
Laluan sejauh 103.5km yang berlandskapkan pendakian tampak ditunggu tunggu TSG yang membariskan Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff, Youcef Reguigui, Metkel Eyob, Artem Ovechkin, Carlos Julian Quintero Noreña dan Goh Choon Huat.
Kerancakkan bermula ketika perlumbaan berbaki 30km menuju penamat. 14 pelumba melakukan breakaway meninggalkan peloton sebelum hanya tinggal 9 pelumba termasuk Carlos Quintero yang berada dalam kelompok paling depan.
Quintero melepaskan henjutan terakhir untuk memintas pelumba lain sekaligus muncul juara dengan catatan masa 2 jam 40 minit 33 saat manakala seorang lagi pelumba TSG turut melakukan henjutan dikilometer terakhir sekaligus menamatkan saingan ditangga ketiga dibelakang pelumba pasukan Wildlife Generation Pro Cycling, Alex Hoehn.
Ini merupakan kejuaraan sulung Quintero bersama TSG sejak menyertai pasukan yang berpengkalan di Terengganu pada tahun lalu.
TSG akan berakdi di dua lagi perlumbaan; GP Mediterranean pada 6 Mac depan diikutiGP Gundogmus sehari kemudian sebelum kembali ke Malaysia.