Edisi kelima Kejohanan Kebangsaan Kapcai Endurance menjadi milik gandingan Muhammad Afiki Supaat dan Muhammad Fairuz Nasir dari AEM Motorsport, yang bertuah pada hari ini berbandingĀ Ā pasukan Mewah CafĆ© Team yang kurang bernasib baik dibarisiĀ dua pelumba handalan Fakhrusy Syakirin Rosyam dan Muhammad Ibrahim Norrodin.

Dengan perlumbaan ā€˜enduranceā€™ tiga jam itu berbaki 25 minit lagi, Fakhrusy, yang sudah meninggal jauh para pencabarnya, menghadapi masalah gear pada jentera tunggangannya sekali gus tidak dapat lagi bergerak pantas.

Ini membenarkan Fairuz untuk memintas beliau dan ā€˜mencuriā€™ kemenangan dengan melengkapkan 52 lap mengelilingi Litar Antarabangsa Sepang sepanjang 5,543 meter itu untuk muncul juara bagi Kelas Terbuka, yang mengumpulkan para pelumba berpengalaman dalam kelas berkenaan.

Lebih malang bagi Fakhrusy dan Ibrahim, mereka turut dipintas oleh pasukan CAPIT Racing, yang membariskan Safrizan Buang atau Capit, Muhammad Haiekal Akaml Zakaria dan Mohammad Shah Khairil Hisham Mahmood.Ā 

Ketiga pasukan melengkapkan 52 lap dengan pasukan AEM Motorsport menerima kibaran bendera kemenangan selepas 3 jam 1 minit 26.281 saat dengan pasukan CAPIT Racing tiba 2.6 saat kemudian. Mewah CafĆ© Team pula mencatat masa 3 jam 3 minit 56.301 saat.Ā 

Dilepaskan pada 2.45 petang, perlumbaan dihentikan selama 25 minit selepas dua jam saingan untuk membenarkan marsyal trek membersihkan tumpahan minyak di litar bagi memastikan keselamatan para pelumba. Ā 

Mengulas kemenangan beliau, Fairuz berkata: ā€œSecara jujur, saya katakan bahawa kami amat bernasib. Bukan saja kerana masalah yang dihadapi oleh rakan kami dari AEM Motorsport; tetapi juga dibenarkan oleh penganjur untuk menerima kemenangan ini walaupun kami kehilangan alat ā€˜transponderā€™ ketika berlumba.Ā 

ā€œDua lap sebelum habis, saya nampak ā€˜transponderā€™ itu melambung ke udara di hadapan mata saya, dan saya tidak boleh buat apa-apa; tetapi terus berlumba dan berdoa. Alhamdulillah, tidak timbul sebarang masalah daripada insiden ini,ā€ kata Fairuz, yang pertama kali berpeluang bersaing di peringkat akhir.Ā 

Namun, apa yang menarik daripada saingan ini adalah kedua-dua Fakhrusy dan Ibrahim tetap ceria dalam kekalahan dan cepat untuk mengucapkan tahniah dan kelihatan berjenaka dengan Fairus dan Afiki selepas perlumbaan.

Saingan Kelas 3 untuk jentera-jentera di bawah 150cc dimenangi oleh AHR Racing Team, yang mengandingkan pelumba Muhammad Afiq Mohd Zailami dan Muhammad Farriz Ahmad dan menamatkan 51 lap. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan WJRT manakala tempat ketiga dimenangi oleh ZAM Motor Lekir.Ā 

Kelas 2, yang menghimpunkan jentera di bawah 120cc, dimenangi oleh pasangan Muhammad Syamil Mohd Rosni dan Muhammad Adib Husaini Riduan dari ADUKALAM Racing Team, yang menamatkan 49 lap. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan ASPJDT AMAT AYAM dan tempat ketiga dimenangi oleh NOGORI Motorsport Club Team KW.Ā 

Saingan Kelas 1, yang menggunakan jentera di bawah 100cc, pula diungguli oleh pasukan KOZI TSR SMW Racing Team, yang menampilkan pasangan Aqmal Faiz Hamdi dan Mohd Amiruddin Omar. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan PROJECTS Motorsport dan tempat ketiga disandang oleh pasukan remaja CAPIT Racing Team. Ā 

- Advertisement -