sukma-19th

Oleh Ku Mohd Lufti

Bagi memastikan persiapan temasya Sukan Malaysia 2018, Perak akan membentuk jawatankuasa khas untuk memantau dan dirancang dengan teliti.

Pemantauan ini termasuk persiapan atau menaik taraf venue venue sedia ada, membina venue pertandingan yang baru serta prasarana yang ada di lokasi lokasi acara sukan.

Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan mesyuarat pertama bagi pembentukan jawatankuasa tersebut akan dilaksanakan pada bulan depan.

“Mesyuarat pertama berhubung pelaksanaan kejohanan itu akan diadakan Oktober ini dan jawatankuasa ini melibatkan semua jabatan serta agensi kerajaan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan temasya Sukma yang bakal diadakan pada 2018 nanti,” kata Datuk Seri Abdul Puhat.

Menaik taraf semula kolam renang, trek bagi acara olahraga, Stadium Perak dan Stadium Indera Mulia  antara yang terkandung dalam pelan perancangan Perak manakala sebuah lapang sasar akan dibina kelak.

Datuk Seri Puhat berharap agar Kerja-kerja persiapan itu berjalan dengan lancar dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun depan.

Perak menghuni tangga ke 12 ketika di SUKMA ke 18, Sarawak Julai lalu dengan 12 pingat emas, 26 pingat perak dan 34 pingat gangsa berjaya diraih.

- Advertisement -