Oleh Ku Mohd Lufti
Perseorangan lelaki, Leong Jun Hao mengetuai cabaran tiga pemain negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Boadminton Remaja Dunia di Bilbao, Sepanyol.
Jun Hao yang juga pilihan ke 12 mendapat bye di pusingan pertama mudah mengatasi pemain Georgia, Grigol Nalgranyan straight set 21-16, 21-5, sekaligus bakal berdepan wakil Portugal, Miguel Rocha.
Pilihan kedua, Lee Zhi Jia turut mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga selepas menundukkan pemain Jerman, Brian Holtschke straight set 21-18, 21-8 untuk berdepan Mithun Manjunath dari India.
Turut sama melangkah ke pusingan ketiga, Sim Fong Hau yang menang ke atas Gunatilleke Sewmina dari Sri Lanka, 21-11, 21-10 di pusingan pertama dan menewaskan Jonathan Mathias dari Brazil di pusingan kedua dengan keputusan 21-12, 21-17.
Sementara itu, dua wakil perseorangan wanita meneruskan kemaraan.
Bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei yang diletak selaku pilihan pertama mudah menundukkan wakil Jerman, Miranda Wilson 21-19, 21-11 dan akan berdepan Ella Soderstorm dari Sweden di pusingan ketiga.
M. THinaah diletak selaku pilihan ke 13 dipaksa bertarung sehingga tiga set sebelum menang 21-18, 12-21, 21-15 ke atas pemain Indonesia, Aurum Oktavia Winata.
Beliau akan berdepan tugas sukar, bertemu wakil China, Cai Yanyan di pusingan ketiga nanti.
Dalam acara beregu lelaki, Amri Ameer Zainuddin – Hoo Pang Ron mengesahkan slot ke pusingan ketiga selepas menundukkan gandingan India, Bodhit Joshi – Mithun Manjunath 21-18, 21-12.
Manakala beregu wanita, gandingan M Thinaah – Tan Sueh Jou mudah mengatasi pasangan Afrika Selatan, Carman Haasbroek – Zani Van Der Merwe 21-6, 21-4.