Perkhabaran ‘gembira’ untuk pemain pemain dan pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) apabila tunggakan gaji yang melanda kelab itu dijangka akan selesai sebelum penghujung bulan ini.

Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan perkara itu dimana tunggakan gaji yang akan dilunaskan melibatkan bulan April, Mei dan Jun.

Beliau juga mengesahkan tunggakan bagi bulan Mac, Julai, Ogos dan September telahpun dijelaskan.

KFA berdepan kritikan apabila pemain pemain dan pengurusan pasukan tidak dibayar gaji yang tertunggak sejak Mac lalu dan ia berlarutan tanpa titik noktah.

Dalam perkembangan lain, KFA juga telah menghantar surat permohonan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi melanjutkan tempoh untuk menyelesaikan proses perlesenan kelab yang sepatutnya diselesaikan sebelum 15 September lalu.

 

 

- Advertisement -