Oleh Ku Mohd Lufti
Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) menyifatkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, adalah individu yang paling layak menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).Ā Ā
Perkara itu dinyatakan presidennya, Datuk Seri Idris Haron, ia adalah berdasarkan kepada kewibawaan dan keupayaan baginda yang dibuktikan selepas berjaya membawa pasukan bola sepak negeri Johor iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) di tahap yang dihormati di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata kejayaan Tunku Ismail mentransformasi pasukan JDT telah banyak membawa kejayaan di dalam dan luar negara termasuk muncul juara Piala AFC tahun lalu sekaligus mengharumkan nama negara dalam arena bola sepak di peringkat antarabangsa.
Kejayaan pasukan itu katanya menjadikan Tunku Ismail adalah calon terbaik untuk memimpin FAM dalam usaha mentransformasi bola sepak negara yang dilihat kian tenat.
āJadi saya yakin dengan adanya daya kempinan dan daya pengurusan yg baru seperti yg dibawa oleh pasukan JDT satu hari nanti pasukan Malaysia juga akan menerjah ke gerbang kegemilangan dan saya yakin ia boleh berlaku dan ini adalah masa yg terbaik untuk kita melihat kewibawaan dan juga peupayaan Tunku Ismail sebagai pendahulu di dalam arena bolasepak negara kita,” kata Idris.
Dalam perkembangan berkaitan, katanya, pihaknya akan memberi tiket percuma kepada penyokong menyaksikan perlawanan muktamad Liga Perdana antara Melaka United dengan Sime Darby di Stadium Hang Jebat di sini, pada pukul 9 malam, 22 Okt ini.
“Saya menjangkakan lebih 30,000 penonton akan menyaksikan perlawanan itu di mana Melaka United akan dinobatkan sebagai juara Liga Perdana,” katanya.