– Lebih 76 perlawanan disiarkan secara langsung dan On-Demand di Twitch –
National Basketball Association atau NBA telah mengumumkan penajaan dan kerjasama dengan Twich, yang menyediakan perkhidmatan video di laman sosial, memaparkan perlawanan terpilih Kejuaraan Jr NBA Globa secara eksklusif.
Perlawanan diadakan dari 6 Ogos di Kompleks Sukan ESPN World Wide World of Sports, Disney World Resort berdekatan Orlando. Twitch menyiarkan siaran langsung secara ‘stream’ sehingga 76 perlawanan sepanjang kejohanan yang melibatkan kejohanan bola keranjang peringkat remaja melibatkan pasukan lelaki dan perempuan berusia 13 dan 14 tahun dari seluruh dunia.
Twich menyediakan perlawanan terpilih secara langsung menerusi ‘stream’ bagi kedua dua kategori lelaki dan perempuan untuk tatapan penonton di seluruh dunia, bermula dengan pusingan round robin yang berlangsung pada 6-7 Ogos sebelum diteruskan dengan pusingan kalah mati pada 9-11 Ogos.
42 perlawanan melibatkan peringkat kumpulan, 12 aksi suku akhir dan tujuh perlawanan separuh akhir disiarkan untuk memberi peluang kepada peminat dan komuniti sukan ini berhubung dan berkomunikasi diantara satu sama lain.
“Kami teruja bekerjasama dengan Twitch untuk memberi peluang kepada peminat sukan bola keranjang remaja khususnya pengalaman yang terbaik utnuk menyaksikan Kejuaraan Jr NBA Global,” kata Naib Presiden Senior NBA, Global Media Distribution and Business Affair, David Denenberg.
“Menerusi kerjasama, Twitch memperlihatkan lebih 300 pemain pemain muda dari serata dunia kepada peminat secara global.”
Kesemua perlawanan Kejuaraan Jr NBA Global disiarkan secara langsung di Twitch atau https://www.twitch.tv/nba. Selain siaran secara langsung, perlawanan juga boleh disaksikan menerusi ‘on-demand’ untuk memberi ruang kepada peminat sukan dari serata dunia untuk menyaksikan perlawanan mengikut keseelesaan.
Twitch bekerjasama secara rapat dengan pihak penganjur untuk menggabungkan beberapa elemen inovatif seperti ‘interactive custom overlay’, bagi mewujudkan pengalaman menonton perlawanan yang lebih menarik.
Kerjasama ini merupakan hubungan yang sudah lama terjalin diantara Twitch dan liga berkaitan ahli badan gabungan NBA dan rakan rakan lain. Twitch telah menyiarkan secara ‘stream’ Liga NBA G dan NBA 2K selama lebih dua tahun, dan bulan ini, Twitch telah dipilih untuk rakan penyiar secara ‘stream’ secara eksklusif bagi bola keranjang Amerika Syarikat.
“Twitch merupakan saluran utama bagi pebagai jenis hiburan dan kami teruja untuk menonjolkan kerancakkan permainan ini di mana para penonton boleh memberikan sokongan kepada pemain secara langsung,”kata Naib Presiden Senior Bahagian Isi Kandungan Twitch, Michael Aragon.
“Kerjasama kami dengan NBA melibatkan sukan diluar stadium adalah yang pertama, jadi kami tahu keinginan komuniti sukan ini dengan NBA. Kejuaraan Jr NBA Global pastinya akan menjadi menarik,”