Bekas juara lightweight Rafael Dos Anjos kembali ke kelas ini dalam pertemuan dengan Paul Felder yang hanya diberi notis seminggu.
Kedua-dua mempamerkan aksi pukulan bertahap tinggi yang berlangsung sepanjang lima pusingan.
Dos Anjos menggunakan kepakaran jatuhan jiu jitsu dan kawalan di lantai untuk mengumpul kemenangan atas kiraan balik untuk menunjukkan niatnya untuk mencabar talipinggang kejuaraan lightweight sekali lagi.
“Felder merupakan seorang yang hebat untuk menerima pertarungan ini di saat akhir. Saya gembira kita dapat menjayakan acara ini. Ia menjadi kebanggaan saya untuk berkongsi Octagon dengan beliau. Saya merasa lebih selesa berbanding di welterweight… I berasa lebih kuat dan ia seperti yang saya ilhamkan.
“Dengan pemergian juara sebenar, kelas ini terbuka semula dan ia antara saya dan Conor McGregor, jadi saya rasa peluang itu ada,” kata Dos Anjos.
Tumbukan padu Abdul Razak Al-Hassan memastikan kemenangan ‘KO’ ke atas Khaos Williams hanya selepas beraksi 30 saat di pusingan pertama.
“Tahun in benar-benar mengubah hidup saya. Saya telah berkerja keras selama ini dan ia adalah untuk momen sebegini. Saya rasa sangat gembira.
“Saya ingin mempamerkan aksi hebat untuk menunjukkan kepada kelas dan seluruh dunia tahu yang saya berhak berada di sini dan saya bukan main-main,” kata Williams.
Petarung MMA dalam pembikinan melibatkan aksi diantara dua pesaing berusia 21 tahun apabila Kay Hansen bertemu Cory McKenna dalam kelas strawweight.
Hansen mengungguli pusingan pertama dengan kawalan di lantai manakala pusingan kedua milik McKenna. Gandingan kekuatan dan kekentalan di pusingan ketiga memberi McKenna kemenangan menerusi ‘unanimous decision’.
Aksi kelas middleweight diantara Brendan Allen dan Sean Strickland menyaksikan pertarungan sengit melibatkan kedua-dua petarung.
Namun Strickland berjaya menjatuhkan Allen dalam pusingan kedua untuk mencapai kemenangan TKO.
Kanako Murata menewaskan Randa Markos menerusi keputusan ‘unanimous decision’.
Tony Gravely menewaskan Geraldo de Freitas menerusi ‘split decision’.
Alex Morono menewaskan Rhys McKee menerusi keputusan ‘unanimous decision’.
Don’Tale Mayes menewaskan Roque Martinez menerusi keputusan ‘unanimous decision’.