Badan induk tenis dunia ATP dan WTA bekerjasama untuk membentuk program khas untuk mengumpul dana bagi membantu pemain pemain tenis yang mengalami kesusahan susulan pandemik Covid 19.
Dengan dana yang terkumpul lebih USD 6 juta, ia akan diagihkan kepada 800 pemain pemain tenis lelaki dan wanita yang terkesan untuk meringankan beban kewangan.
Kriteria yang dipersetujui oleh pemegang taruh berhubung jumlah agihan adalah pemain kategori perseorangan dan bergu serta ranking dan jumlah wang kemenangan yang diperolehi dan anggaran yang bakal diterima bagi seorang pemain adalah USD 7500
Kebanyakkan pemain tenis memperoleh pendapat menerusi kejohanan yang disertai. Susulan pandemik Covid 19 yang menular, lebih 30 kejohanan terpaksa dibatalkan diantara Mac hingga Julai.
Paling terkesan adalah pembatalan kejohanan Wimbledon buat pertama kali sejak 75 tahun manakala Terbuka Perancis terpaksa ditunda ke September berbanding Mei.
Sementara penganjur Terbuka US yang dijangka bermula pada Ogos di New York sedang mencari pilihan dan kebarangkalian sebelum memutuskan status penganjurannya pada Jun.