Bermula pada usia yang agak lewat, tidak menghalang perejam ATM Guardians, Khairudin Adenan menempa nama dalam sukan sepak takraw.
Ketika pelibas seangkatannya mula menceburi sukan itu sejak di peringkat sekolah rendah, pemain yang menganggotai 6 Regimen Ranger Diraja Pulada (RRD) itu hanya mula berjinak-jinak dengan sukan itu pada usia 18 tahun.
Namun, pembabitan lewat perejam yang paling âseniorâ dalam saingan Sepaktakraw League (STL) Premier itu yang kini menginjak usia 34 tahun, tidak menjadi penghalang buatnya mencipta nama sebagai salah seorang perejam terbaik pernah disaksikan negara. Â
âPembabitan saya dalam takraw ini bermula ketika menyertai Kem Mindef pada 2002 pada usia 18 tahun. Setahun selepas itu, saya berjaya menempatkan diri dalam skuad sepak takraw ATM sehingga sekarang malah pernah membantu skuad negara memenangi pingat perak di Sukan SEA Laos 2009.
âSaya ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih ketika itu, (Sarjan bersara) Osman Che Meh yang memperkenalkan saya kepada sukan ini. Bukan mudah untuk mengekalkan diri dalam skuad sepak takraw ATM yang mengamalkan sesi pemilihan ketat dengan pemain silih berganti.
âPemain yang berada dalam skuad adalah berdasarkan pada prestasi terkini dengan tiada pemain yang dijamin tempatnya. Itu antara faktor utama yang membuatkan pemain yang membawa nama ATM cukup berdisiplin di dalam menjaga kecergasan,â kata Khairudin yang berpangkat Staf Sarjan.
Pemain seangkatannya mungkin ada yang sudah bersara berikutan faktor usia, namun Khairudin mempunyai sebab tersendiri untuk terus berkecimpung dalam sukan warisan ini.
âBagi saya, saya mahu menjaga tempoh perkhidmatan saya dalam ATM ini sejak 2002. Ia adalah kelebihan buat saya untuk menyertai sukan sepak takraw berbanding rakan anggota tentera lain.
âUntuk berada pada tahap ini pada usia lewat 30-an bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan dedikasi dan komitmen yang tinggi. Selain perlu menjalani latihan takraw, saya juga perlu menjalani latihan ketenteraan yang menuntut ketahanan fizikal dan mental,â tambahnya.
Penampilan dan libasan bertenaga Khairudin yang berketinggian 1.83m tidak dinafikan antara pencetus kebangkitan ATM Guardians dalam saingan STL Premier tahun ini, termasuklah aksi ditunjukkannya ketika menewaskan naib juara musim lalu, KL Thunder 21-16, 21-19 pada minggu kelima tempoh hari.
Kemenangan itu meletakkan ATM Guardians di kedudukan kelima dan kekal dalam landasan untuk memburu kedudukan tiga teratas dan mara beraksi di STL Champions Cup.
Dalam saingan minggu keenam yang bakal bersambung semula selepas rehat seminggu, ATM Guardians akan menentang Kelantan Warriors pada 10 November diikuti Penang Black Panthers pada 11 November.OLEH MUHD AIMANÂ
Jadual aksi minggu keenam:
10 November (Jumaat) : Penang Black Panthers lwn Terengganu Turtles (8 mlm), ATM Guardians lwn Kelantan Warriors (9.30 mlm)
11 November (Sabtu) : Kuala Lumpur Thunder lwn Terengganu Turtles (5 ptg), Selangor Pistons lwn Kelantan Warriors (6 ptg), Perak Bison lwn Johor Tigris (8 mlm)
12 Oktober (Ahad): Selangor Pistons lwn Perak Bison (5 ptg), ATM Guardians lwn Penang Black Panthers (6 ptg), Johor Tigris lwn Kuala Lumpur Thunder (8 mlm