mas.hockey

Jurulatih skuad hoki kebangsaan Stephen Van Huizen berpuas hati dengan prestasi semasa anak didiknyan yang kini berada di New Zealand untuk aksi perlawanan persahabatan antarabangsa.

‘Bahagian tengah menampakkan peningkatan yang baik dan kami mengawal bola dengan kemas. Malah, mereka menunjukkan kesefahaman dan kurang melakukan kesilapan individu. Saya perlu meningkatan lagi keserasian diantara pemain untuk membentuk gandingan yang berkesan disetiap posisi.’, kata Van Huizen.

Pengarah teknikal Konfederasi Hoki Malaysia, Terry Walsh juga melihat pemain negara menampakkan peningkatan dari aspek fizikal dan mental.

Berdepan pasukan New Zealand yang dalam persiapan untuk mengharungi saingan Olimpik Rio Ogos depan bukan tugas yang mudah.

‘Mereka (pemain negara) sentiasa didepan dan berjaya mendapatkan gol awal. Ini menunjukkan mereka bersedia untuk berdepan lawan yang lebih tinggi dalam  kedudukan ranking dunia. Untuk menundukkan pasukan yang mempunyai ranking lebih tinggi berbanding Malaysiam keyakinan adalah salah satu aspek yang penting dan pemain pemain tellah menunjukkannya.’ Kata Terry Walsh.

Malaysia melakar kemenangan 3-2 dalam aksi persahabatan kedua dengan New Zealand di Blake Park, Tauranga.

Kapten negara, Razie Rahim membuka tirai gol menerusi pukulan sudut penalty dim init kedua.

New Zealand bagaimanapun menyamakan kedudukan menerusi penalty stroke dim init ke 21 menerusi Hugo Inglis.

Malaysia kembali didepan 2-1 dibabak kedua perlawanan hasil jaringan padang Joel Samuel Van Huizen di minit ke 43.

Namun keceriaan Stephen Van Huizen hanya bertahan lapan minit selepas itu apabila pemain pertahanan The Black Sticks sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi Cory Bennett.

Keceriaan tuan rumah dimusnahkan Razie Rahim yang menyumbat masuk gol kemenangan Malaysia di minit ke 55, juga menerusi pukulan sudut penalti.

Ini adalah kemenangan pertama Malaysia selepas tewas 1-4 pada perlawanan pertama pada ahad.

Kedua dua pasukan akan bertemu sekali lagi untuk perlawanan persahabatan ketiga pada Rabu.

- Advertisement -