Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, venue – venue, serta fasiliti – fasiliti SUKMA kini berada dalam fasa terakhir untuk disiapkan, dan dijangka siap sepenuhnya, April ini.

Jumlah sasaran pingat emas akan bergantung kepada prestasi semasa para atlit, dan dijangka dimuktamadkan April depan.

‘Persiapan yang perlu dilakukan oleh MSN, bagi memastikan bahawa cabaran kita, iaitu visi MSN Johor iaitu Johor Juara, dan Kotinjen terbaik SUKMA 2020, dan rasa ERA BARU SUKAN NEGARA ini akan dapat kita realisasikan pada SUKMA 2020 ini,’kata Khuzzan.

Khuzzan dalam pada itu hadir di Majlis Penyerahan Sijil Lantikan Ketua Kotinjen dan Timbalan – Timbalan Ketua Kotinjen SUKMA Johor 2020, di Iskandar Puteri, Johor.

Ketua Pegawai Eksekutif Wisma YPJ Holdings Sendirian Berhad, Datuk Amran A. Rahman dilantik sebagai Chief De Mission manakala Timbalan – Timbalan terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sendirian Berhad, Datuk Mohd Noorazam Datuk Osman, Presiden Tinju Amatur Johor, Muhammad Farkhan Mohd Haron, serta Ahli Dewan Undangan Negeri Perling, Cheo Yee How.

Sukan Kanu disasarkan menjadi acara utama Kotinjen Johor, bagi menyumbangkan pingat emas, menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 akan datang.

Sukan tersebut dilihat berpotensi dalam merealisasikan sasaran terkini Kotinjen Johor, iaitu 43 pingat emas.

- Advertisement -