#Dua jenama ikonik MMA Bekerjasama Untuk Menghasilkan Pakaian Sukan Tempur Rasmi UFC

#Rekaan Venum sukan tempur UFC bakal melakukan debut di OKTAGON PADA April 2021

 

Badan terkemuka seni mempertahankan diri campuran, UFC hari ini mengumumkan bahawa, pereka, pemasar dan pengedar pakaian dan aksesori tersohor dunia, VENUM akan menjadi rakan kongsi eksklusif UFC bermula April 2021.

Kerjasama ini terbentuk menerusi IMG, yang mewakili pihak UFC secara eksklusif.

Atlit UFC akan memakai pakaian rekaan VENUM untuk pertarungan UFC di Oktagon mulai April 2021.

Kontrak rakan kongsi pakaian UFC, Reebok, akan tamat pada bulan March 2021.

Reebok akan terus menjadi pembekal kasut rasmi buat UFC sehingga tamat penghujung kalendar seterusnya.

“Kami begitu teruja sekali dengan VENUM yang akan menjadi rakan pakaian global kami,” kata Presiden UFC, Dana White.

“VENUM merupakan jenama sukan tempur yang ikonik sekali dan memahami kehendak unik atlit MMA. Frank Dupuis dan pasukannya di VENUM mempunyai pengetahuan teknikal dan pengalaman yang bakal menghasilkan pakaian tempur UFC bertaraf dunia. Kami teruja untuk bekerjasama dengan mereka untuk evolusi program pakaian UFC.”

“Menyertai UFC sebagai rakan kongsi pakaian global mereka begitu bermakna buat VENUM,”kata pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif VENUM, Franck Dupuis.

“VENUM merupakan jenama yang telah berkembang selaras dengan sukan MMA dan ianya telah meletup dari segi popularitinya di seluruh dunia. Kami begitu bangga dan bersyukur, kerana kerjasama ini menjadi hasil perjalanan syarikat kami selama 15-tahun. Kami di VENUM tidak sabar untuk mencoret perjalanan seterusnya.”

White juga menambah,“Kami amat menghargai kerjasama dengan Reebok selama enam tahun. Ianya merupakan kerjasama yang telah meningkatkan taraf jenama kami berdua.

“Kami amat gembira dengan Reebok yang akan terus bersama kami sebagai pembekal kasut rasmi UFC sehingga 2021.”

Pakaian sukan tempur VENUM/UFC adalah berkualiti tinggi buat MMA dan direka khas untuk atlit bertaraf dunia UFC yang akan bertempur di Oktagon.

Pengetahuan VENUM untuk pesaing MMA yang akan berlatih dan bertempur bakal dilihat melalui produk mereka termasuk ‘Fight Week Gear’dan ‘Fight Night Kit’.

Seluar pendek ‘Fight Night’adalah ringan dan selesa, dan akan menjadi serupa rasa-kulit kedua disebabkan factor microfiber “featherweight” mereka.

Paras pinggang pula akan menggunakan perikatan thermo serta tambahan rata elastik yang akan menyesuaikan diri dengan bentuk badan atlit.

Celah sisi seluar pendek ini pula akan memberikan kebebasan pergerakan yang menjadi salah satu tanda mercu VENUM.

- Advertisement -