Victoria, Australia telah menarik diri sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026 dengan menyebut kos sebagai faktor penyumbang utama.
Premier Negeri Daniel Andrews berkata anggaran awal kos AUD2 bilion untuk menganjurkan Sukan Komanwel boleh meningkat ke sekitar AUD7 bilion.
“Saya telah membuat banyak panggilan yang sukar, banyak keputusan yang sangat sukar dalam pekerjaan ini. Ini bukan salah satunya. Terus terang, AUD7 bilion untuk acara sukan, kami tidak melakukannya,” kata Andrews.
“Saya tidak akan mengeluarkan wang dari hospital dan sekolah untuk menganjurkan acara yang tiga kali ganda kos yang dianggarkan tahun lepas.
“Sukan Komanwel tidak akan diteruskan di Victoria pada 2026. Kami telah memaklumkan pihak berkuasa Sukan Komanwel mengenai keputusan kami untuk menamatkan kontrak.”
Acara itu sepatutnya diadakan di beberapa hab serantau di Victoria, termasuk Geelong, Ballarat dan Bendigo, dengan masing-masing mempunyai perkampungan atlet sendiri.
Birmingham, England kali terakhir menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada 2022. – Oleh Mughayat Syah