Oleh Ku Mohd Lufti
Detik 100 hari menjelang temasya dwi tahunan, Sukan SEA ke 29 yang akan berlangsung pada Ogos depan, kesemua 11 negara terus gigih melakukan persiapan.
Baru baru ini, Vietnam mengumumkan akan menghantar seramai 750 orang untuk mewakili negara itu di Sukan SEA nanti.
Media tempatan menjelaskan, 568 merupakan atlet Vietnam manakala selebihnya terdiri daripada 24 delegasi, 31 wakil ketua ketua bahagian 105 jurulatih dan 22 orang terdiri daripada pegawai pakar.
Daripada 568 orang atlet yang terlibat, 323 merupakan atlet lelaki manakala 245 pula adalah atlet wanita.
Malah, daripada 38 jenis sukan yang dipertandingkan kontinjen Vietnam memberi fokus terhadap 16 jenis sukan yang dilabel mampu menghadirkan pingat emas.
Manakala sukan seperti tinju, judo, angkat berat, billiard, muay dan berbasikal sasaran hanya diletakkan untuk memenangi pingat memandang tentangan sengit daripada negara negara lain.
Vietnam juga sah tidak akan mengambil bahagian dalam acara renang terbuka, polo air, kriket, equestrian, hoki, ice skating, lawn bowls, bola jaring, ragbi, skuasy, triathlon dan ski air.
Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan, Nguyen Ngoc Thien turut menekankan matlamat Vietnam adalah untuk berada di kelompok tiga terbaik keseluruhan.
Tidak dinafikan mereka mempunyai atlet yang akan memenangi pingat emas, namun matlamat utama adalah merangka program jangka panjang khususnya persiapan bagi sukan Olimpik 2020 nanti.
Sukan SEA ke 28 di Singapura pada 2015, Vietnam menamatkan saingan ditempat ketiga keseluruhan dengan 73 pingat emas, 53 pingat gangsa dan 60 pingat emas.