Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) meluluskan tambahan empat sukan di temasya Sukan SEA 2021 yang akan berlangsung di Vietnam.
Empat sukan tersebut adalah bowling, jujitsu, Esukan dan triathlon sekaligus menjadikan keseluruhan sukan yang akan dipertandingan di Sukan SEA Vietnam kepada 40.
Empat sukan tersebut diluluskan SEAGF ketika mesyuarat atas talian.
Bagi saingan Esukan, Dota 2, Arena of Valor dan Pro Evolution Soccer antara tiga daripada enam jenis sukan yang akan dipertandingkan.
Sebelum ini Vietnam meluluskan 36 jenis sukan untuk temasya Sukan SEA 2021 berbandingh Filipina yang menganjurkan 56 jenis sukan.
Negara negara peserta mengusulkan 22 jenis sukan untuk dipertimbangkan oleh tuan rumah termasuk Malaysia yang memohon 11 jenis sukan; hoki dalam dewan, pelayaran, bola jaring, tenpin boling, skuasy, boling padang, kriket, ragbi 7 sebelah, papan luncur, floorball dan sambo.
Keputusan akhir bagi jumlah sukan yang akan dipertandingkan di Sukan SEA 2021 hanya akan diputuskan pada mesyuarat SEAGF pada November depan.
 Justeru, Malaysia dan lain lain negara peserta masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan kepada Jawtankuasa Penganjur Sukan SEA 2021.
Vietnam menjadi penganjur Sukan SEA untuk kali kedua selepas kali terakhir menganjurkannya pada 2003 dan muncul juara dengan 158 pingat emas, 97 perak dan 91 pingat gangsa.
Edisi 2019 yang berlangsung di Filipina, Vietnam menduduki tangga kedua dengan 98 emas, 85 pingat perak dan 105 pingat gangsa.