Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) mengesahkan skuad bolasepak lelaki negara itu akan memulakan semula sesi latihan pusat pada September bagi persiapan untuk mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Ia dilihat sesuai memandangkan liga domestik, V League 1 yang dijangka bersambung penghujung Mei selepas ditunda susulan pandemik Covid 19.

Dengan bewrsambung semula liga domestik akan memberi ruang kepada pemain untuk mencari rentak dan kecergasan sebelum pemain pemain yang layak dipanggil bagi menjalani latihan pusat.

Selain latihan pusat secara intensif, VFF juga bercadang untuk memanggil beberapa pasukan kebangsaan yang berkualiti untuk siri perlawanan persahabatan antarabangsa.

Ia memberi ruang kepada jurulatihnya, Park Hang Seo untuk menilai kemampuan pemain pemain serta mengatur corak permainan yang berbeza beza sebelum senarai akhir pemain yang akan menggalas tugas ke saingan Kelayakan Piala Dunia 2022 dimuktamadkan.

Malaysia akan berdepan tuan rumah Malaysia pada 13 Oktober sebelum melengkapkan jadual kumpulan G menentang Indonesia pada 12 Novermber disusuli Emiriyah Arab Bersatu pada 17 November di laman sendiri.

Vietnam sedang memimpin kumpulan G dengan 11, dua mata didepan Malaysia sementara Thailand ditangga ketiga (8 ata) dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ditangga keempat dengan enam mata.

Vietnam memerlukan sekurang kurangnya tujuh mata daripada baki tiga perlawanan untuk mara ke pusingan kelayakan seterusnya.

Bagi skuad yang akan menggalas tugas di Sukan SEA ke 31 pada 2021, sesi latihan akan dikendalikan pembantu jurulatih Kim Han Yoon dan mereka akan mengambil bahagian dalam perlawanan pertunjukkan.

VFF melihat, skuad Sukan SEA perlu dimulakan lebih awal kerana memerlukan tempoh masa untuk mencari muka muka baru memandangkan pemain pemain yang beraksi di Sukan SEA 2019 telah melebihi had umur.

Dengan pengumuman oleh VFF, ia sedikit sebanyak mungkin memberi situasi ‘panik’ kepada pasukan lain yang tampak masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk skuad kebangsaan.

Terutama Malaysia yang masih menanti ‘sinar’ daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung status penyambungan Liga Malaysia (Liga M).

Andai MKN bersetuju untuk meluluskan perancangan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) meneruskan Liga M pada September berkemungkinan besar Harimau Malaya perlu dihimpun pada bulan yang sama untuk perancangan yang hampir sama, iaitu membentuk kembali kecergasan dan mengatur perlawanan yang kompetitif sebanyak mungkin sebelum perlawanan sebenar bermula.

 

- Advertisement -