Oleh Ku Mohd Lufti
Pencapaian meraih 11 pingat emas ketika di Sukan SEA ke 28 di Singapura pada 2015 ternyata menjadi satu sejarah baru dalam arena sukan khususnya negara Vietnam.
Ia secara tidak langsung menjadi batu asas buat kontinjen Vietnam dan disasarkan untuk mengatasi jumlah tersebut di Kuala Lumpur Ogos ini.
Delegasi Sukan Vietnam, meletakkan sasaran sehingga diantara 10 hingga 12 pingat emas bagi acara olahraga di SUkan SEA ke 29 Ogos nanti.
Individu yang menggalas tugas sebagai pemimpin dalam sukan Olahraga di Vietnam, Duong Duc Thuy menjelaskan, sasaran ini bukan mudah untuk di capai.
Ini kerana Vietnam kehilangan tiga permata utama yang sering kali menjadi penyumbang pingat dalam acara olahraga.
Pemenang pingat emas berusia 25 tahun dalam acara 800 meter dan 1500 meter wanita, Do Thi Tha memutuskan untuk bersara kerana mahu mendirikan rumah tangga dan menyambung pelajaran.
Malah, satu lagi permata Vietnam dalam sukan olahraga, Nguyen Thi Thanh Hang juga tidak akan beraksi di Sukan SEA ke 29 kelak kerana menanti untuk melahirkan cahaya mata kedua.
Tidak cukup dengan itu, pemenang pingat emas dalam acara 200 meter Lee Trong Hinh juga hampir pasti diketepikan kerana mengalami kecederaan kaki susulan kemalangan.
Meskipun pahit untuk menelan hakikat, Duong tidak melihat ia sebagai peluang untuk memburu sasaran 12 emas tertutup sepenuhnya.
Bukan mudah untuk membentuk permata baru dalam tempoh yang singkat, namun Vietnam sebenarnya telah bersedia untuk menurunkan jaguh muda di Kuala Lumpur, Ogos nanti.
Vu Thi Ly , antara pelapis Vietnam yang enyerlah dan ia dibuktikan ketika Grand Prix Asia tahun ini dan berjaya mencuri tumpuan dalam acara 800 meter.
Malah, sandaran dalam acara 400 meter wanita menerusi Guo Gong juga diharapkan membuah hasil meskipun bakal mendapat tentangan sengit daripada peserta negra lain.
“Pada awalnya, kami mensasarkan diantara 8 hingga 10 pingat emas, tetapi Delegasi Sukan Vietnam meletakkan sasaran baru kepada 10 hingga 12 pingat emas.
“Saya mengharapkan gandingan Hoang Thi Thanh dan Bui The Anh untuk membawa pulang pingat emas untuk Vietnam kerana keputusan mereka tidak begitu jauh dengan atlet Sukan SEA dua tahun lalu,”kata Duong DUC.