Spekulasi melibat jaguh MotoGP kelahiran Itali, Valentino Rossi kambali hangat apabila laporan media tempatan, La Gazzetta dello Sport mendedahkan beliau akan menunggang untuk pasukan satelit Petronas Yamaha SRT.
Rossi dikatakan akan beraksi untuk pasukan itu sehingga 2022 dan pengumuman rasmi berkenaan hubungan diantara The Doctor dan Petronas Yamaha SRT akan diadakan pada pertengahan Jun ketika saingan GP Sepanyol di litar Jerez.
Petronas Yamaha SRT baru baru ini bersetuju untuk mengekalkan pelumba muda, Franco Morbidelli bersama pasukan itu untuk tempoh dua tahun sehingga 2022.
Rossi yang juga juara dunia tujuh kali masih belum membuka mulut berhubung masa depannya dalam saingan Moto GP dan masih berteka teki samada akan terus beraksi di Moto GP ataupun mengumumkan persaraan.
Prinsipal Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali juga masih belum mengumumkan sebarang perkembangan semasa meskipun pernah mengatakan pihaknya memberikan tempoh sehingga penghujung bulan Jun lalu buat Rossi untuk membuat keputusan
Pasukan pengeluar utama, Monster Energy Yamaha mengumumkan akan menggunakan Maverick Vinales dan Fabio Quartararo untuk mengharungi musim 2021 sekaligus menyaksikan nama Rossi disisihkan.
Andai spekulasi ini menjadi kenyataan, Rossi semakin menghampiri rekod yang dipegang Giacomo Agostini yang melakar 122 kemenangan dimana VR46 hanya kurang tujuh kemenangan setakat ini.