Oleh Ku Mohd Lufti
Jendela perpindahan Liga Malaysia belum dibuka tetapi sudah timbul spekulasi perpindahan pemain.
Amri Yahyah dikhabarkan akan meninggalkan Melaka United dan menyarung kembali jersi Selangor pada pertengahan musim ini.
Laporan media tempatan menjelaskan pengurusan Persatuan Bola Melaka United (MUSA) sedang mengadakan rundingan dengan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tentang penghijrahan Amri Yahyah ke Selangor.
Melaka United tampak berpeluh diawal musim 2017 apabila sekadar menduduki tangga ke 10 liga dengan lapan mata berjaya diperolehi hasil dua kemenangan dua keputusan seri dan empat kekalahan setakat ini.
Amri Yahyah menyertai Selangor sejak 1985 (skuad remaja) sebelum beraksi untuk pasukan utama pada 2011.
Sepanjang kariernya bersama The Red Giants, penyerang kelahiran Tanjung Karang itu menjaringkan 374 gol dalam 118 penampilan dibawah 11 jurulatih termasuk pemangku jurulatih sehingga 2013 sebelum berhijrah ke selatan tanah air untuk bersama Johor Darul Takzim.
Amri Yahyah menyarung jersi M.U pada 2017 selepas pasukan ini muncul juara Liga Perdana pada 2016 sekaligus naik ke saingan Liga Super pada musim ini.